Resipi Ayam Goreng Bawang Putih - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 22 March 2024

Resipi Ayam Goreng Bawang Putih

 Resipi Mudah Ayam Goreng Bawang Putih

Resipi Ayam Goreng Bawang Putih

Menu Berbuka 10 Ramadan 1445H semalam kita masak Ayam Goreng Bawang Putih tiba-tiba teringin nak makan. Senang je rupanya nak buat dan yang pasti sangat sedap. Anak-anak pun suka makan. Ratah gitu pun sedap. Jom Cie share resipi mudah je nak buat. Cie pun guna resipi Khairul Aming cuma tukar tepung je. 


BAHAN-BAHAN AYAM GORENG BAWANG PUTIH

8 ketul ayam
8 ulas bawang putih (4 ulas blend, 4 ulas jangan buang kulit)
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar ketumbar
sedikit garam
sedikit perasa ayam
1/4 cawan air
3-4 sudu tepung jagung (resipi asal guna tepung ubi)
minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUAT AYAM GORENG BAWANG PUTIH

  1. Blend bawang putih, bawang besar, ketumbar, garam, bahan perasa dan air.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan gaulkan bersama ayam. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung dan kacau sebati. Perap 10-15 minit.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Masa menggoreng tu masukkan bawang putih yang tidak dibuang kulit.
  5. Bila dah masak toskan minyak dan sedia dihidangkan.

Bawang putih yang kita goreng sekali ayam tu jangan buang. Boleh makan sedap lembut je. Senang sangat nak buat Ayam Goreng Bawang Putih ni. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Menarik ni...nak buat la weekend ni...

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba nanti nie.. Asyik lah goreng biasa je kan

    ReplyDelete
  3. nampak garing betul ayam tu , makan panas-panas ni mesti sedap

    ReplyDelete