Hari ni berkesempatan join Lipis Challenge Fun Run 2024 anjuran Majlis Belia Daerah Lipis, Belia 4B, Kementerian Belia dan Sukan serta Bank Rakyat. Sponsor bersama Open University Malaysia Cawangan Lipis.
Seawal pukul 7am Cie dah keluar rumah dengan anak-anak. Sibuk jugak nak ikut ibu tapi Cie tak daftar pun anak-anak so takdela dapat baju. Fun Run bermula kat Dataran Orang Kaya Haji. Sebelah je dengan hospital. Cie parking kat hospital jela singgah office dulu kejap.
7.10am event bermula dengan senamrobik. Lama jugak senamrobik tu dalam 40minit. Lenguh jugak la kaki walaupun tak ikut sangat pun step geng senamrobik tu. 7.50am flag off. Tak berlari pun walaupun namanya fun run. Kita jalan je sampai jugak ke finishing line. Hihi.
Dah hampir 1km rasanya baru teringat nak on apps huawei health haishhh tak dapat nak count kilometer. Bila dah sampai tak cukup la 5km jadinya. Adoi la pelupa betul. Cuma langkah jela dapat 10,000 langkah.
Sampai kat finishing line dapat la beg. Dalam tu ada medal fun run, roti Gardenia, air mineral, pen, flyers Bank Rakyat.
Cabutan bertuah dan soalan kuiz pun ada disediakan hadiah. Tapi biasala Cie tak pernah ada luck. Hahaha.
Fun Run 5km penat jugak ada laluan naik bukit dan turun bukit sikit. Macam heret kaki la berjalan. Hahaha.
Cie banyak share gambar kat Facebook album FUN RUN 2024. Nak masuk semua dalam entry ni malas nak upload banyak-banyak.
Yang tengah kakak kedua Cie. Tepi sekali tu anak buah. |
Team jabatan Cie |
Wefie dulu kat tepi jalan |
Bertambah koleksi medal |
Macam 3 beradik tak? Hihi |
Done 5km |
Habis event tadi geng jabatan Cie ajak pergi makan dulu sebelum balik. Kami makan di Restoran Kuzah. Menikmati nasi kerabu sedap kat situ. Dah bakar kalori fun run lepas tu tambah pulak makan nasi kerabu. Hahahah. Kat tepi Restoran Kuzah tu ada kedai sushi menyinggah jugak beli sushi.
On the way balik rumah singgah Ninso dan Zus beli latte pulak buat minum-minum kat rumah. Bakar sikit je kalori, tambah je banyak.
Bertambah la koleksi medal fun run Cie. Bulan 10 nanti Hari Sukan Negara katanya ada lagi fun run. Kena join lagi la nampaknya. Syok jugak kumpul medal. Cie start join fun run 2019. Jadi seronok pulak dapat kumpul medal. Semua event di Lipis je.
Wahhh.. bestnya.. macam² bentuk medal.
BalasPadamBanyak betul event fun run di Lipis.
Tahniah!
BalasPadamBanyaknya medal Cie 👍
di tempat saya juga lagi sering ada event lari seperti inii
BalasPadamcuman saya masih belum sanggup untuk mengikuti
karena saya orangnya mageran
Kaum kerabat pun ada sama, tu yg makin bersemangat tu. Congrats Cie, dpt medal.
BalasPadamTahniah Cie 👏🏽
BalasPadamMemang betul-betul fun sebab family dan kawan-kawan Cie pun join sama 👍🏽
Banyak juga medalnya tu Cie.
BalasPadamBest dapat join fun run .. banyak juga ya koleksi medal fun run Cie ..mesti selalu aktif fun run kan
BalasPadamlast join fun run, saya tak datang sebab pagi tu hujan. baik tido je. hahahaaa..
BalasPadammakan2 selepas berlari is a must kan 😁😁
wah banyak dah kumpul medal ya. fun run best kalau join ramai-ramai eh
BalasPadamkak SA ntah bila nak start....jeles tgok org kumpul medal
BalasPadam