Team JDS Lipis - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, July 17, 2024

Team JDS Lipis

Jabatan Dietetik dan Sajian | Hospital Kuala Lipis


Busy sangat lately kat office sebab tengah prepare untuk Penilaian Audit Akreditasi pada 22 hingga 24 Julai nanti tu yang setiap hari balik kerja lambat. Balik rumah dah penat otak nak mengadap blog tak larat dah. Malam ni gigihkan diri nak update sesi photoshoot Team JDS Lipis hari semalam.

Cie memang suka buat sesi photoshoot Team JDS Lipis so ada la kenangan dengan team. Team JDS Lipis ni sentiasa bertukar-tukar. Cie je yang masih setia sejak 2012. Hihi. Lepas first posting kat Hospital Jengka dulu hanya bertukar ke Hospital Kuala Lipis jela kampung sendiri. Ada rezeki sampai pencen.

Awal tahun hari tu photoshoot dah lepas tu team tu ada yang bertukar. Tu yang decide bulan ni buat photoshoot la dulu 1 kali. Cie pun memang nak masukkan gambar Team JDS Lipis dalam buku Resipi Piawai yang baru.

Team JDS Lipis ni ada 17 orang termasuk Cie. Bos Cie Pegawai Dietetik sorang, Cie sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan sorang juga dan 15 orang jawatan Pembantu Penyediaan Makanan. Bila ada ramai ni meriah juga la.

Team JDS Lipis

Team JDS Lipis

Kami memang selalu juga buat program sesama kami. Macam tahun lepas ada Dinner, program Merdeka Games. Tahun ni pun kami Team JDS Lipis dah plan nak buat Dinner dan bulan Ogos nanti kami plan nak buat Sukaneka Merdeka pulak. Syok juga sekali sekala buat aktiviti dengan team. 






Masa buat sesi photoshoot Team JDS Lipis ni memang semua ada la. Yang cuti pun kena paksa datang. Nak tunggu semua kerja memang susah nak dapat.

Dah alang-alang semua ada tu ada sorang staf belanja makan. Dia dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang baru-baru ni tu yang dia belanja kami makan Nasi Ayam. 



Ni la orang yang belanja tu

Meriah rezeki makan-makan ada Nasi Ayam dan kek. Kami suka buat makan-makan macam ni. Kadang-kadang buat sambutan birthday. Bila selalu buat aktiviti dan program dengan team ni dapat la mengeratkan silaturahim. Bukan semata bekerja je. Kena campur juga dengan pelbagai aktiviti.

1 comment: