Dinner Chicago Chicken - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 20 July 2024

Dinner Chicago Chicken

Hari Jumaat selalunya memang tak masak. Sama ada beli kat pasar malam, makan kat kedai atau order online. Kebetulan semalam husband takde ke Kuantan. Nak ke pasar malam memang malas nak cari parking. Tu yang decide order online jela dinner Chicago Chicken. 

Buka je apps Food Panda terus search Chicago Chicken klik order ikut anak-anak nak makan apa. Anak-anak request nak dinner ayam goreng je so ibu ambil la set yang 5 ketul tu.

Dinner Chicago Chicken

Ada 5 ketul ayam, 1 large mashed potato, 4 regular coleslaw. Rasanya large coleslaw takde tu yang mereka ganti yang regular. Ada 2 regular soft drink. Cheezy wedges tu Cie tambah anak-anak nak.

Dinner Chicago Chicken

Lambat jugak order sampai. Sejam jugak la. Kata apps status takde rider. 7.15pm macam tu rasanya baru sampai. Mujur la sampai juga walaupun lambat. Senang order online tak payah keluar rumah. Bila husband takde memang malas nak keluar rumah lagi-lagi kalau malam tak berapa nak nampak drive malam-malam.

Suka beli Chicago Chicken ni ayamnya besar. Cuma yang original tak berapa sedap. Sedap spicy lagi. Tapi sebab anak-anak nak original layankan jela. 

8 comments:

  1. Alhamdulillah ada rider pickup dan hantar.. yg penting sampai...

    ReplyDelete
  2. Kalau tinggal dengan anak-anak memang malas nak keluar rumah, mudah beli online kan. Tambah-tambah kalau anak-anak makan tak memilih, lagilah senang nak buat pilihan makan apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah anak2 suka makan fast food. Senang klik jela online malas nak keluar.

      Delete
  3. tu diaaa...Chicago terus dia pi...hehehehe

    ReplyDelete
  4. Ohhh dia ada cheezy wedges juga yaa kak 😍😍😍. Sejak tak sentuh KFC saya tak bisa makan lagi cheesy wedges tiap ke Malaysia. Untungnya marry brown jual juga cheesy wedges yg mirip dengan rasa Cheesy Wedges KFC. Kalo Chicago chicken ada juga, nantilah saat ke KL lagi saya coba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL, penang pun ada boleh la nanti makan situ.

      Delete