Semalam punya cerita tapi hari ni baru nak bercerita. Hihi. Kalau ikutkan dah malas tapi sebab dah snap gambar kita share jela kisah minum petang semalam tu. Cie kerja jugak semalam nak prepare untuk audit tu. Habis kerja 1pm kalau ikutkan tapi husband ambik dekat pukul 2 dah.
Tu yang terus pergi cari makan sebelum nak beli barang dapur. Anak-anak ajak cari makan dulu. Sebab macam dah lepas waktu lunch kita kira minum petang jela. Pusing-pusing kat bandar lama nampak kedai ABC tu buka terus la ajak husband singgah.
Biasanya kedai tu buka hari kerja je. Hari cuti tak buka. Dah kebetulan buka tu singgah la lama tak makan situ. Tak ingat nama kedai dan lupa pulak nak snap gambar kedai tu semalam. Kedai ni lama dah beroperasi. Ada jual makan tengahari dan minum petang.
Menu makan tengahari dan minum petang ada nasi campur, mi kari, mi sup, gorengan macam pisang goreng, keropok lekor dan kuih muih. Air pulak ada pelbagai jenis air, ABC, ais jagung, cendol.
ABC |
Ais jagung |
Pisang goreng, keropok goreng |
Mi kari |
Mi sup |
Lepas dah siap makan terus la pergi beli barang dapur. Beli sayur dan bahan kering je. Sebelah pagi husband dah beli lauk pauk.
Bestnya :)
BalasPadamAis jagung dan keropok Lekor 😍😍😍😍 dah cukuuuup lah itu bagi saya 😁. Tiap ke Malaysia selalu Lekor yg saya cari. Ais jagung pula terbayang manis sedapnya.
BalasPadam