Kepak Goreng Tepung Bestari - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Ahad, 24 November 2024

Kepak Goreng Tepung Bestari

Memang rajin betul hari ni masak lunch sampai dinner sekali. Bila takde idea nak makan luar, kita masak. Bila takde idea nak masak, kita makan luar begitulah bergilir-gilir.

Lepas solat Asar tadi baru thaw ayam. 5 lebih macam tu baru la masuk dapur plan nak masak kepak goreng tepung bestari je. Nak buat kepak ikea malas nak perap pulak. Kalau masak kepak goreng tepung bestari ni senang je gaul je tepung bestari lepas tu goreng.

Kepak Goreng Tepung Bestari

Tapi tadi Cie gaulkan kepak ayam tu dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam. Lepas tu baru la gaul dengan tepung bestari dan goreng hingga masak. 

Mula-mula macam nak masak spageti goreng tapi malas pulak. Tengok dalam kabinet ada mi segera gardenia yang kari laksa tu terus jela celur mi tu buat mi goreng jela. Tumis bawang putih dan bawang besar, letak kicap, masukkan mi tu kacau sebati dah siap.

Mi segera goreng

Anak-anak beli mantou pagi tadi masa beli barang dapur. Ibu kukus jela. Mantou coklat tapi takde rasa coklat sangat pun. Macam pau je rasa mantou tu. Tu jela menu dinner kita hari ni.

mantou kukus

Ibu potong timun dan cili potong makan dengan mi segera goreng. Menu simple macam ni pun dah sedap. 


Kepak goreng tepung bestari

9 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa...maggi goreng tu uishhh...x bleh tahan tengok...

    BalasPadam
  2. Kenyang jugak sebenarnya menu dinner macam ni. Macam kat kedai dah, mee ada, ayam ada, mantao pun ada.

    BalasPadam
  3. ayam guna tepung bestari mmg sedap..tk pernh bli mantou coklat biasa beli yg original or pandan

    BalasPadam
  4. Mantao buat goreng pun sedap. Nak kena cari mantao jugak la.

    BalasPadam
  5. Sedapnya maggi goreng dan kepak ayam tu

    BalasPadam
  6. mantao memang tasteless kan, kak ana suka beli yang plain cicah kari sedap :)

    BalasPadam
  7. Dah lama tak beli mantau. Sukaaa sangat roti ini, kadang makan kosong begitu saja, kadang celup ke kuah creamy

    BalasPadam