16 Tahun Perkhidmatan - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, December 1, 2024

16 Tahun Perkhidmatan

Sedar tak sedar hari ni 1 Disember 2024 genap 16 tahun perkhidmatan Cie sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau sekolah ni dah tingkatan 4. Cepatnya masa berlalu dengan pantas sekali.

16 Tahun Perkhidmatan

Mengenang memori 1 Disember 2008 melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Masa tu belum tau penempatan lagi. Sorang-sorang je ke Kuantan. Masa tu masih bujang.

Bila dapat surat penempatan di Hospital Jengka agak terkejut jugak la. Macam-macam bermain di fikiran. Jengka ada hospital ke, macam mana nak ke Jengka. Masa tu mana ada waze ke apa. Memang main redah je dari Kuantan ke Jengka tu.

Sampai je ke Jengka dah petang. Lapor diri je lepas tu balik ke rumah abang Cie kat Temerloh. Lebih kurang 45 minit perjalanan. Bermula la episod ulang alik dari Temerloh ke Jengka. Tumpang sementara kat rumah abang.

Susah jugak nak cari rumah sewa kat Jengka. Sempat la menumpang kat asrama jururawat. Penyelia Asrama bagi tumpang bilik Matron selesa la sikit bilik tu untuk sorang ada sekali bilik air kat dalam. Boleh tumpang sekejap je sementara nak dapat rumah sewa. Seram juga duduk sorang setiap malam la takut nak tidur.

Akhirnya dapat la rumah sewa yang agak uzur dan sewa mahal. Apa boleh buat duduk jela asalkan ada rumah. Pelbagai dugaan dan ujian ditempuhi di Jengka. Suka duka gembira semua ada. 

Dari Disember 2008 hingga la Januari 2012 berkhidmat di Unit Sajian Makanan Hospital Jengka. Dari bujang sampai dah menikah la. Lepas tu baru la dapat bertukar ke kampung sendiri.

Bermula Februari 2012 berkhidmat di Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis pulak. Sehingga la hari ini. Jauh lagi perjalanan nak menuju ke pencen umur 58 tahun kalau dipanjangkan usia. Lagi 18 tahun woooo.

Semoga dapat meneruskan perkhidmatan dengan penuh dedikasi. Semoga yang baik-baik jela untuk tahun mendatang.

9 comments:

  1. Hampir sama dengan saya. Saya masuk kerja bermula 16 November 2007. 😊

    ReplyDelete
  2. Wah..Tahniah Cie...akak pun dah 16 tahun kerja kat Malakoff ni...

    ReplyDelete
  3. wahhhh dah banyak pengalaman untuk jawatan tu. Kalau menyembang ni mesti banyak cerita yang keluar. Tahniah untuk pencapaian akak Cie. 2008 tu saya tengah stress dengan spm hahaha

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalankan tugas. Saya ada seorang kawan chef di Hospital Jengka. Kut2lah kenal, nama dia Saiful Tumin. Baik orang nya.

    ReplyDelete
  5. wahhh tahniah! pejam celik dah 16 thn ya...
    sewa mahal tu berapa agak2nya?

    ReplyDelete
  6. Waah seandainya saya masih kerja di HSBC, berarti lama kerja kita sama 16 THN . 😄. Sayangnya saya resign saat dah 13 tahun.

    Semoga kakak bisa mencapai usia full kerja di sana hingga pensiun yaa

    ReplyDelete
  7. Tahniah Cie.. semoga terus bersemangat 💪💪

    ReplyDelete