The Chicken Rice Shop Raub - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, December 1, 2024

The Chicken Rice Shop Raub

Petang semalam anak-anak ajak makan The Chicken Rice Shop Raub. Semata-mata nak makan ye ke Raub tu. Dari Lipis ke Raub 45 minit juga perjalanan. Mujur la tak hujan dan cuaca pun ok je. Mulanya ibu malas juga tapi dah anak-anak beria ajak babahnya pun on je.

The Chicken Rice Shop Raub

Dalam pukul 2 kami gerak ke Raub. Sampai je kat The Chicken Rice Shop Raub tak ramai sangat orang ada la meja kosong cumanya meja tak kemas penuh pinggan mangkuk atas meja. Ada la meja yang kosong kami duduk jela.

Melangut duduk takde orang pun assist kami. Style ordering kat The Chicken Rice Shop Raub ni staf mereka akan bagi QR code untuk scan dan order. Tunggu punya tunggu takde pun staf mereka datang kat meja kami.

Nampak ada 1 orang je staf dan 1 orang manager yang busy buat air dan angkat hidangan ke meja customer lain. Cie pun lambai la ke staf perempuan tu dia pun datang ke meja kami. Boleh pulak dia tanya belum dapat QR ye. Eh mendatangkan kemarahan betul la. Mujur mood Cie ok.

The Chicken Rice Shop Raub

Dapat QR terus la Cie order. Memang service The Chicken Rice Shop Raub ni out sikit. Masa pertama kali kami datang makan dulu gitu jugak. Customer ramai dan staf tak cukup.

The Chicken Rice Shop Raub

Sementara tunggu staf The Chicken Rice Shop Raub bagi QR tu sempat la kami buat benda alah ni lipat-lipat kertas ni. Ada la juga aktiviti sementara menunggu tu.

The Chicken Rice Shop Raub

Mujur la lepas buat order tadi tak lama sangat makanan sampai. Anak-anak dah kelaparan. Masa tu dah 3 lebih baru nak makan lunch kan. Kat Lipis takde The Chicken Rice Shop ni tu yang terdekat kat Raub atau Jerantut je.

Tapi Jerantut pulak takut air banjir naik atas jalan nanti tak dapat balik pulak. Tu yang pergi ke Raub jela.

The Chicken Rice Shop Raub

The Chicken Rice Shop Raub
Makin sikit pulak kerabu mangga ni

The Chicken Rice Shop Raub

The Chicken Rice Shop Raub

Setiap kali makan kat The Chicken Rice Shop Cie memang order kerabu mangga. Dulu-dulu lagi sedap. Sekarang ni kureng sikit kesedapan rasa kerabu mangga TCRS ni.

Dulu ada juga air limau asam boi terpaling sedap. Discontinued dan rasanya sekarang ni lama dah takde dalam menu. Dulu air tu yang Cie selalu order setiap kali datang makan kat TCRS. 

Harapnya lepas ni The Chicken Rice Shop ni buka la 1 cawangan lagi kat Lipis pulak senang kami nak makan. Memang kegemaran kami makan di TCRS ni.

3 comments:

  1. Akak suka makan kat TCRS...lama plak x makan nasi ayam..

    ReplyDelete
  2. Tiap kali ke KL lupaaa selalu makan kesini 😄. Padahal dah lama tahu, dan dah niat nak datang. Penasaran rasanya. Selalu teman bilang sedap. Saya sebenernya tak terlalu suka chicken rice, tapi suami sukaaa sangat. Jadi selalu menemani dia lah ceritanya 😁

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lg mkn the chicken rice shop ni

    ReplyDelete