Pagi tadi kecoh semua group update berita banjir di Raub dan Lipis pun dah mula naik air di Kampung Tempoyang. Bila dah nak mula banjir ni mula la risau tak lepas nak ke mana-mana.
Masuk dapur tenang-tenang masak untuk breakfast. Dah plan nak masak cucur udang sayur. Semalam dah beli udang kecil. Cie buat cucur udang suka guna udang kecil tu. Kena la buat 2 bancuhan, anak-anak tak makan sayur.
Cie letak taugeh, kucai dan bawang besar. Bancuhan anak-anak tu letak udang je. Tepung tu bancuh sama je. Cuma sayur tu letak kemudian selepas dah masak cucur udang anak-anak.
Udang kecil-kecil |
Adunan cucur udang |
Dah siap masak adunan anak-anak baru letak sayur |
Kacau-kacau dah boleh masakkan |
Siap cucur udang sayur |
Cucur udang kosong je |
Bahan-bahan Cucur Udang Sayur
Tepung gandum
Udang kecil
Taugeh
Daun kucai potong 1cm
Bawang besar hiris
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa
Air suam
Minyak masak
Cara Membuat Cucur Udang Sayur
- Masukkan tepung gandum, garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Kacau rata.
- Masukkan udang kecil dan kacau rata lagi.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau rata. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
- Masukkan taugeh, daun kucai, bawang besar. Kacau sebati.
- Panaskan minyak. Masukkan adunan cucur ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan dan garing.
Siap dah cucur udang sayur Cie. Kena bancuh dengan air suam baru la jadi rangup. Kena cairkan sikit adunan supaya ianya akan rangup di luar dan lembut di dalam. Tapi jangan cair sangat pulak. Agak-agak jela. Boleh la cicah dengan sos thai dan mayonis.
Dah kenyang makan cucur udang sayur kami keluar meninjau keadaan banjir. Air naik jugak dah. Malam tadi hujan lebat sangat sampai ke pagi. Sebelah petang dah mula surut sikit. Semoga terus surut la.
Ramai nampak share cucur udang...nak buat jugak la weekend nanti
ReplyDeleteKalo di sini sebutnya bakwan. Bakwan sayur, bakwan udang, etc. tapi saya tak pernah buat sendiri 😅. Jadi ingin juga nak buat. Tinggal beli udangnya. Zaman kecil saya pun tak suka cucur atau bakwan yg pakai sayur. Tapi semakin besar, ntah kenapa jadi sukaa pula 😄. Mungkin nanti anak2 kakak pun akan suka cucur sayur setelah besar 😁
ReplyDelete