Ujian Kemahiran ICT Tahun 6 - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, December 1, 2024

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Pagi semalam lepas settle urusan pagi buka data handphone. Masuk whatsapp kat group sekolah kakak. Cikgu send arahan untuk jawab Ujian Kemahiran ICT Tahun 6. Kena jawab 30 November jugak tu sebelum jam 12 malam.

Ibu terfikir nak pergi Perpustakaan Awam je kat sana ada wifi. Dah la kena jawab guna laptop atau komputer je. Mujur la ibu ada laptop cuma rumah takde wifi je. Terpaksa la guna hotspot je ibu malas pulak nak ke Perpustakaan Awam.

Sambil iron baju kerja seminggu, sambil ibu assist kakak nak menjawab soalan Ujian Kemahiran ICT Tahun 6 tu kat laptop. Jarang guna laptop anak-anak tak reti la sangat nak guna. Pandai sikit-sikit je. 

Zaman IT sekarang ni dari kecik dah kena pandai guna laptop. Kebanyakkan ujian online menggunakan laptop. 

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Berguna juga laptop ibu ni. Selalunya ada je arahan segera dari cikgu. Suruh jawab itu la, ini la secara online. Nampaknya selepas ni kena cari wifi yang murah-murah boleh pakai kat rumah senang nak guna laptop connect ke wifi.

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Alhamdulillah selesai juga kakak menjawab semua 20 set soalan Ujian Kemahiran ICT Tahun 6 yang disediakan. Setiap set tu ada beberapa soalan juga. Sempat la ibu snap sikit soalannya.

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6

Selesai jawab semua soalan Ujian Kemahiran ICT Tahun 6 tu anak akan diberikan sijil pengiktirafan. Taktau la apa tujuan Ujian Kemahiran ICT Tahun 6 ni dibuat. Layankan jela asalkan anak kita sertai.

Ujian Kemahiran ICT Tahun 6






2 comments:

  1. Budak zaman sekarang ni nampaknya macam kurang minat menggunakan laptop. Mereka suka yang boleh touch2, lepas tu laptop atau komputer kan slow sikit, mereka bukan boleh slow2 ni.

    ReplyDelete
  2. banyak ujian perlu guna laptop skrg.. xpe hotspot pun... alhamdulillah dapat jawab :D :D :D

    ReplyDelete