Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sabtu, 30 November 2024

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Seperti biasa apabila hujung minggu hari bermalasan untuk masak sarapan. Kecuali malas keluar tu kena la rajinkan diri masak sarapan apa yang patut. Untuk pagi tadi dah bagitau anak-anak, ibu nak sarapan pagi di kopi stesen je.

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Cie memang suka vibes kopitiam. Kalau bercuti ke mana-mana mesti mencari kedai ala kopitiam. Entahla rasa best je kalau dapat makan kat kedai yang suasana macam kedai kopi zaman dulu walaupun telah dimodenkan.

Kedai Kopi Stesen Kuala Lipis ni memang ada vibes kedai kopi zaman dulu. Bangunan kedai pun memang bangunan lama. Dulu kedai ni owner cina tapi pekerja semua melayu. Selepas PKP dulu kedai ni tutup. 

Tak lama kenudian buka semula dan diberi nafas baru. Yang best nya owner kedai kopi stesen ni orang melayu. Takdela was-was nak makan kat sini. Cie memang kerap la sarapan pagi di Kedai Kopi Stesen ni. 

Menu yang biasa kami order adalah nasi lemak ayam goreng, roti bakar, telur separuh masak. Air pulak memang Cie selalu order kopi o ais atau kopi o panas. Kalau order air panas mereka akan bagi sekeping roti kering gula. Sedap cicah kopi tu. Memang macam zaman dulu la.

Menu lain ada juga bubur nasi, roti kukus, nasi lemak telur goreng dan banyak lagi la. Air pun ada pelbagai jenis. Pilih je nak apa. 

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen Kuala Lipis


3 ulasan: