27 hingga 29 November 2024 yang lepas adik Rania menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform sekolahnya.
Mula-mula dia taknak pergi sebab kena bermalam. Ibu cakap pergi jela boleh dapat pengalaman berkhemah. Beria la ibu pujuk bagitau dia macam-macam aktiviti best sepanjang perkhemahan tu.
Katanya kalau perkhemahan tu tak bermalam dia nak pergi. Tapi rugi pulak katanya nanti tak dapat sijil. Seminggu jugak adik Rania berfikir nak pergi ke tak Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform tu. Tu pun sebab kawan-kawan dia semua pergi. Hanya ada 2-3 orang saja kawan sekelas tak sertai.
Ibu tak paksa terpulang la pada dia nak pergi ke tak. Nanti kalau paksa-paksa dia taknak takut dia tak enjoy pulak nak berkhemah. Seminggu juga adik Rania fikir nak pergi ke tak tu.
Akhirnya keputusan dibuat dan babah pun dah sign surat kebenaran dan buat bayaran RM30 untuk Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform tu. Borang dan duit pun dah bagi kat cikgu tiba-tiba adik Rania kata taknak pergi pulak.
Hah sudah budak kecik ni. Ibu pun pujuk-pujuk la semula. Katanya yelah dia pergi sebab dah bayar katanya. Dah semakin dekat hari perkhemahan tu adik Rania tak sabar suruh ibu kemas beg dia. Dari hari Sabtu dah suruh ibu kemas. Padahal nak berkhemah hari Rabu.
Hari Ahad ibu pun mula la mengemas beg ikut senarai barangan yang cikgu sediakan. Settle kemas tu kena check semula takut ada yang tercicir. Susah pulak. Dah la ibu bapa tak boleh pergi sekolah.
Adik Rania sertai Puteri Islam. Mujur jugak la awal tahun hari tu dah beli baju uniform Puteri Islam. Adik Rania kena masuk pertandingan kawad. Dia tak pernah pakai lagi baju uniform tu. Selalu kalau ada koko hari Rabu pakai tshirt pink je.
Rabu pagi pergi sekolah macam biasa. Ada lawatan ke Balai Bomba kalau ikut tentatif Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Tapi tak jadi sebab hujan. Bomba yang datang sekolah mereka bawak kenderaan bomba.
Jam 1 petang balik sekolah macam biasa. Jam 3 petang baru la kena datang sekolah semula untuk pendaftaran Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform dan bawak semua sekali barangan untuk berkhemah.
Bermula la adik Rania bermalam kat sekolah untuk Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Ibu yang risau takut adik Rania tak pandai berdikari. Tak pernah pulak dia join aktiviti macam ni. Ni merupakan kali pertama la.
Petang Rabu tu dalam pukul 6 lebih ibu ajak babah pergi intai adik Rania kat sekolah. Hujan pulak tu bertambah la ibu risau takut anak sejuk la apa la. Tak tidur dalam khemah pun. Budak perempuan tidur dalam kelas. Budak lelaki tidur dalam khemah tapi kat dewan terbuka. Tak nampak pun kelibat adik Rania. Sampai 2 kali babah pusing kat sekolah adik Rania.
Perkhemahan zaman sekarang tak macam zaman kita dulu merasa la tidur dalam khemah tepi hutan. Masak nasi dalam buluh, makan telur dadar, makan sardin goreng. Tanya kat adik Rania makan apa katanya ada ayam kicap, ayam masak merah, nasi lemak ayam. Makan buffet pulak tu memang moden betul aktiviti perkhemahannya.
Hari Khamis adik Rania pergi kem askar pulak. Kat kem askar ni aktiviti lasak sikit kena masuk hutan. Ada berkawad juga katanya. Yang masuk hutam tu memang kena lumpur la. Habis tangan luka kena pokok tajam calar balar la budak kecik tu. Merasa la pengalaman tu.
Sebelah petang pukul 6 lebih ibu ajak lagi babah tengok adik Rania. Setengah jam duk kat luar pagar sekolah memang tak nampak kelibat adik Rania. Tengok ramai je budak-budak sekolah tapi takde dia. Ciwi sangat ibu pun kan duk mengintai anak. Hahahah.
Sebelah malam hujan lebat sangat. Ibu mula dah risau takut adik Rania tak selesa nak tidur hujan dan sejuk. Ada bawak toto kecil dan selimut. Doa jela semoga adik Rania selesa tidur.
Hari Jumaat dah yeayyyy. Adik Rania dah habis Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform tengahari. Ada pertandingan kawad sebelah pagi. Team Puteri Islam dapat tempat kedua. Hebat juga la team adik Rania berkawad.
Balik je rumah tengahari tu terus dia peluk ibu. Rindu sangat agaknya. Macam-macam cerita la. Bangun pagi hari pertama tu katanya 4.30 pagi dah bangun, hari kedua 5 lebih pagi dah bangun. Penat sangat macam-macam aktiviti penuh dari pagi sampai malam.
Ibu kena check barang-barang cukup ke tak. Mujur la semua cukup takde tercicir. Cuma baju seluar habis la kena lumpur. Jenuh ibu nak cuci baju seluar kena lumpur tu. Kena rendam, kena berus nak bagi hilang. Mujur ada sabun Tuff Liquid Laundry Detergent Personal Collection.
Selesai dah Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform adik Rania untuk tahun ni. Dapat pengalaman baru dan boleh berdikari uruskan diri sepanjang 3 hari 2 malam.
ALHAMDULILLAH.,,,Bagus adik Rania dah dapat pengalaman baru...mesti nak join lagi perkhemahan akan datang...
ReplyDeletesronok dpt pi camping tu..pengalaman utk ank2
ReplyDeleteNampak macam ibu yang rindu ni 🤭
ReplyDeleteAnyway it was a good experience kan utk anak²... Kita dulu apa yg dimasak tu, itulah yg dimakan. Nasi pun masak sendiri...
Pastinya menjadi suatu pengalaman yang berharga buat Rania.
ReplyDeletepengalaman indah. mesti syok camping tu kan..
ReplyDeleteSy mmg suka camping unit beruniform..kalo sekolah che mek ade mmg sy nk suruh dia pegi..Biar lasak sikit =D..Sy suka bau sabun cuci pinggan yg dpt dr cie tu..wangiiii =D
ReplyDeletekesian Rania, mesti lama dia fikir nak pergi ke tak. Okay lah tu ada pengalaman camping walaupun dekat sekolah. Parents boleh jenguk2 dari jauh, kalau dekat hutan seriau sikit lah nak lepaskan
ReplyDeletePengalaman berharga untuk Rania. Dania dulu perkhemahan tapi tidur dalam kelas.
ReplyDeletelps ni lg bersemangat laa rania nak join mcm2 event yg dianjurkan
ReplyDeleteTahniah adik Rania.
ReplyDeleteBagus tu dapat pengalaman urus diri sepanjang tiga hari dua malam.
wahh puteri islam! saya pun dri sekolah rendah smpai menengah join puteri islam, join kawan peringkat daerah je paling tinggi haha. menggamit memori betul camping unit beruniform ni. rindu zaman sekolah :D
ReplyDeletepengalaman berkhemah bersama kawan2 ...seronok tu
ReplyDeleteAwalnya dia tak nak pergi karena kena bermalam, kuatir rindu dengan mama nya yaa ☺️? Memang kemping zaman skr bagus dan modern kak. Mempermudah sangat, tak payah masak sendiri 😄
ReplyDeleteyeayyy.. berjaya Rania harungi camping. Pasti seronok tu.
ReplyDeleteTu bangun 4.30 pagi dah boleh praktis masuk asrama nanti ya dik😁
Alhamdulillah..berjaya adik Rania hadapi cabaran berdikari - camping di sekolah...sedap2 menu camping...hihi..
ReplyDelete