Menulis kat blog ni nak kena ada idea dan mood.
Kalau takde idea, mood pulak ke laut memang tak jadi apa. Plan nak update blog hari-hari pun tertangguh. Jom la kita cerita apa yang patut bagi semangat sikit.
Tengahari tadi Cie makan Laksam Sedap RM6. Murah dan banyak pulak tu laksam ni. Ada cukup bahan. Sayur, sambal. Kuah pun memang lemak, pekat dan sedap. Rasa ikan tu memang cukup la.
Laksa tepung tu pun besar-besar dan tebal. Puas hati la makan jenis tak kedekut bahan ni. Semangkuk tu jenuh jugak nak habiskan. Kakak Raisha tak makan laksam. Adik Rania je makan.
Sambal tu pulak takdela terlajak pedas. Kiranya boleh la anak-anak jenis tak makan pedas makan.
Laksam Sedap RM6 ni Cie beli kat tepi jalan menghala ke rumah Cie. Senang lepas ambil anak sekolah terus singgah beli makanan sebelum balik rumah.
Kat situ vendor makanan ramai hantar. Produk utama mereka air teh pyorr je. Lepas tu ada beberapa jenis air lain juga. Makanan pulak vendor yang hantar.
Ada pelbagai jenis makanan berat, kuih muih dah macam-macam la. Boleh kata setiap hari la Cie singgah beli makanan. Suami bagi RM20 memang habis guna. Kadang-kadang kena guna duit sendiri pulak tak cukup. Banyak pilihan kita pun sedap la ambil time perut lapar semua nak. Cuma ada masa yang tak banyak pilihan tu tak habis la duit RM20 tu.
Akak sejenis tak boleh tahan kalau nampak orang jual laksam.. mesti nak beli kalau jumpa. Kat tempat sendiri takde orang jual kena cari resto orang Kelantan.
ReplyDeleteEh lama pulak tak makan laksam 😁
ReplyDeleteSeronok membeli dgn org yg tak kedekut bahan ni, rasa puas makan.
Nmpk pun mcm sedap dah..Nmpk kuah dia mcm pekat..Sedap tu =D
ReplyDeletepuas makan mcm nih...cukup bahan, sedap pula tu..
ReplyDeleteSedapnya laksam..nampak portion dia banyak tu...
ReplyDeleteBerbaloi harga dia. Yg penting tak kedekut bahan
ReplyDeleteSaya sekali makan laksam di Two Sons KLCC. Sedaaap sangat. Sejak itu memang saya JD suka kak 😄. Nanti ke KL lagi nak coba laksam yg dijual tempat lain
ReplyDeletelaksam fav....kt area opis dlu ada jual rm4.00 lps tu naik rm 4.50...yg terkini rm5
ReplyDelete