Happy Birthday Syafiyah Rania - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, February 6, 2025

Happy Birthday Syafiyah Rania

6 Februari 2014 jam 8.44 pagi lahir puteri ibu yang kedua diberi nama Syafiyah Rania. Syafiyah bermaksud sembuh, sihat manakala Rania bermaksud kesenangan, kesukaan. Selamat hari kelahiran Syafiyah Rania. Happy Birthday!

Happy Birthday Syafiyah Rania

Masa mengandungkan adik Rania ibu ingatkan baby boy. Alahan tak seteruk masa mengandungkan kakak Raisha. Rupanya sangkaan ibu meleset. Direzekikan menimang dua cahayamata perempuan. Rezeki Allah bagi.

Walaupun banyak je langau-langau berterbangan berkata taknak tambah anak lelaki pulak ke, takkan dua je perempuan tambah la lagi lelaki, tutup kilang dah ke boleh lagi tu tambah lelaki pulak. Sedap je ek makcik bawang arah itu ini. Macam boleh pilih-pilih pulak jantinanya. Pekakkan telinga jela malas nak melayan.

Adik Rania ni anak yang manja. Banyak gelaran diberikan. Masa kecik kuat menangis ibu panggil memey. Kalau kat kampung memey tu maksudnya suka menangis. Lepas tu dia bahasakan diri dia bobek. Memang banyak cakap pun kat rumah. Tapi depan orang senyap. Nama gelaran lain baby dan adik.

Ibu start sakit contraction tengah malam. Memang tak boleh tidur sampai la nak subuh tu. Selepas subuh tu abang ipar hantar ke hospital. Masa tu PJJ dengan husband duduk Putrajaya. Masa sakit contraction tu suruh husband gerak balik.

Elok je sampai hospital, husband dah sampai dulu dari Putrajaya. Masuk labour room terus check bukaan dan tukar baju semua. Ready nak bersalin dah. Kali ni bersalin normal je so husband boleh masuk. 

Disebabkan ini kali pertama nak bersalin normal Cie tak pandai meneran. Jenuh nak push. Kakak Raisha dulu emergency c-section due to cord prollapse. Nurse ajar teran pun dah tak dengar. Bantai jela asalkan baby keluar. Keluar la seketul Syafiyah Rania.

Happy Birthday Syafiyah Rania

Masa kecil juga ada masalah kurang berat badan. Nak sampai warna kuning dah. Sampaikan Jururawat Masyarakat kat Klinik Desa suruh ibu masak kulit ayam bagi makan. Apa punya cadangan entah. Lepas tu dia nak refer adik Rania ke Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan tapi ibu tak bawak pun.

Ibu ikhtiar dengan Meal Shakes Shaklee alhamdulillah berkesan berat badan naik. Tak sampai sebulan terus berat badan naik. Takde dah masalah berat tak naik.

Bila dah besar ni dia lagi besar dari kakak dia. Lagi berat dari kakak Raisha. Itulah adik Rania. Membesar dengan sihat. 

Happy Birthday Syafiyah Rania

Setiap anak tak sama pengalaman melahirkan. Cie rasa keduanya sekali untuk 2 orang anak. 

11 tahun dah umur anak kecik ibu ni. Semoga adik dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, diterangkan hati untuk belajar, sentiasa hormat orang tua.

Ibu belanja adik Rania kek Zus hari ni. Kebetulan ibu nak grab promo 66ZUSDEALS beli air Zus RM6.60 terus la beli kek untuk adik Rania dan kakak Raisha. Beli jugak takoyaki kegemaran anak-anak untuk lunch. Nanti weekend celebrate dengan babah sekali.

Happy Birthday Syafiyah Rania


6 comments:

  1. Happy birthday Rania.. Setiap anak semua tak sama.. Semoga yang baik2 je untuk Rania

    ReplyDelete
  2. epi besday rania! sama umur dgn my razeen la ni, cuma razeen bday bln august

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah, Rania. Indahnya namamu, seindah wajahmu, semoga jadi anak solehah yg bakal mengharumkan nama keluarga suatu masa nanti, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  4. Oh beda 1 tahun dengan anak sulung saya. Happy belated birthday adik Rania 🎂🎉🎉🎉. Semoga selalu dilindungi oleh Nya, dimudahkan rezeki juga jalan hidup yaaa ☺️.

    Betuuul kak, ga usah dengar Kata2 orang yg suruh tambah anak, lagi ramai lagi bagus, banyak rezekiii.. haiiish. Macam mereka yg nak bayar biaya lahiran dan living cost anak kita 🤣. So selagi tak ada bantu dalam hal biaya dan perawatan, tak usah didengar lah 🤭

    ReplyDelete