Masa pergi Pekan Bandar Diraja hari tu Cie singgah makan sarapan di kedai kawan Cie Nasi Lemak Mengkasar Pekan. Dah alang-alang sampai ke Pekan saja jela singgah kedai makan dia.
Masa Cie datang tu hanya ada 1 meja sahaja yang ada pelanggan. Dalam pukul 8 lebih dah Cie datang kedai Nasi Lemak Mengkasar Pekan tu. Kedainya tepi jalan je senang nak cari. Search je Nasi Lemak Mengkasar Pekan. Kawan Cie takde kat kedai, isterinya saja ada.
Ada pelbagai jenis pilihan lauk untuk nasi lemak ada di situ. Ada nasi lemak sambal paru, sambal kerang, ayam goreng, mi goreng, bihun goreng, laksa pahang. Banyak pilihan untuk sarapan.
Cie makan nasi lemak paru. Husband Cie makan mi goreng dan sambal kerang. Kakak Raisha makan nasi lemak ayam goreng. Adik Rania makan nasi lemak telur rebus.
Rasa masakan kat sini sedap. Kena dengan selera kami. Harga pun berpatutan. Kalau ke Pekan lagi mesti singgah sarapan kat Nasi Lemak Mengkasar Pekan ni.
nasi lemak ni fav my ariff :) anyway pg td i mkn nasi lemak jugakkk kat ziemel corner wangsa maju yg jual nasi lemak lauk ayam kg goreng, fav mr hubby, i folo jer
ReplyDeleteAduhhh.. terliur kita tengok mee goreng dia!
ReplyDeleteTengok kaler sambal tu pun tau mesti sedap
ReplyDeleteAkk pergi Pekan dulu makan murtabak Makassar. Agaknya apa sejarah/kaitan Makassar/Mengkasar ni dgn Pekan ni ye?
ReplyDelete