Beli Spek Mata Baru - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, March 29, 2025

Beli Spek Mata Baru

Hari tu saja cakap kat husband daripada dia duk tukar itu ini kat kereta tu lagi bagus kalau dia beli spek mata baru untuk wife dia ni. Hihi. Husband cakap pergi jela beli. 

Beli Spek Mata Baru
Spek mata baru

Maka nya tadi singgah la kat Opticmax Centre Kuala Lipis kedai spek mata yang Cie selalu beli kat situ. Last tukar spek hari tu tahun 2023. Dah 2 tahun berlalu. Spek ni tahan lasak berapa kali jatuh pun masih ok je.

Beli Spek Mata Baru
Spek mata lama

Cie masuk kedai spek tadi takde orang pun. Senang la nak memilih. Pelbagai jenis seller tu keluarkan. Cuba letak, cuba lagi, dia keluarkan lagi, cuba lagi begitulah seterusnya. 

Beli Spek Mata Baru

Beli Spek Mata Baru

Cie ada berkenan kat 1 spek ni. Tapi masa cuba tu macam tak kena dengan muka Cie. Saja jela ambil gambar. Bila balik rumah baru rasa macam cantik pulak yang tu. Tapi Cie dah pilih yang lain. Hahaha. Rambang mata sebenarnya tengok banyak sangat.

Beli Spek Mata Baru

Beli Spek Mata Baru
Cie berkenan yang ni bila dah sampai rumah. Menyesal tiada guna

Akhirnya Cie pilih bentuk lebih kurang cuma warna je lain. Takpela next time nanti beli yang lain pulak. Power mata kanan Cie dah turun sikit. Silau dah takde. Hari tu ada sikit silau.

Beli Spek Mata Baru
Power lama

Beli Spek Mata Baru
Dapat sampul raya

Beli Spek Mata Baru
RM294

Beli Spek Mata Baru
Raya ni kita pakai spek baru

Terima kasih husband belanja wife spek mata baru sempena raya ni kita pakai spek mata baru la.

4 comments:

  1. Wah, spek raya. Power mata tu, boleh berkurang ye, selalunya bertambah.

    ReplyDelete
  2. Wah mata baru utk raya hehe ..
    Akk pun mcm nak kena pegi check semula power, rasa mcm mata tak brp selesa lately.

    ReplyDelete
  3. Serba serbi baru ni..
    ehh.. bagus tu bila silau dah tak ada.

    ReplyDelete