Pukul 5 baru masuk dapur. Masak sirap letak gula dan daun pandan. Senang adik Rania buat air dia nak berbuka. Kakak Raisha tak minum air manis. Cie ada hari je. Kalau rasa nak minum baru la minum. Husband memang tak minum air manis. Berbuka dan sahur air kosong je.
Lepas siap masak sirap, baru la mula masak menu berbuka puasa 15 Ramadan 1446H yang simple je request by anak-anak nak makan kuetiau goreng. Letak fish ball, udang, sotong dan kerang.
2 hari dah takde nasi menu berbuka. Esok hingga Jumaat baru la menu nasi. Cie dah siap plan menu berbuka untuk seminggu. Senang nak masak kalau dah siapkan menu. Malas nak fikir setiap hari nak masak apa.
Cie try jugak buat resipi Khairul Aming Thai Crispy Penkek tu. Menjadi la jugak walaupun takde la sama dengan KA buat tu tapi boleh la buat rasa rasa kan.
Buah pulak jambu jela sama je macam semalam. Sebiji je beli tapi jambu tu besar. Boleh makan 2-3 kali juga.
Simple jela menu berbuka kita hari ni. Sedar tak sedar dah 2 minggu kita berpuasa dan lagi 2 minggu nak raya dah.
Tadi berbuka rumah mak. Makan nasi lemak sambal udang.
ReplyDeleteTerliur tengok jambu dengan serbuk asam tu Cie.
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteyayy dh separuh la kita puasa ni
ReplyDeletekepada khairul aming... sy buat... jadi!🤣
ReplyDeleteSedap juga, berbuka dengan kuetiau goreng.
ReplyDeleteMengodanya tengok crispy thai pancake .. menu KA ehh ?
ReplyDelete