Menu Berbuka Puasa 15 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, March 16, 2025

Menu Berbuka Puasa 15 Ramadan 1446H

Hari ni seharian tak keluar rumah. Mereput kat rumah. Baring, duduk, baring, duduk sampai la ke petang. Takde aktiviti nak dibuat. 

Pukul 5 baru masuk dapur. Masak sirap letak gula dan daun pandan. Senang adik Rania buat air dia nak berbuka. Kakak Raisha tak minum air manis. Cie ada hari je. Kalau rasa nak minum baru la minum. Husband memang tak minum air manis. Berbuka dan sahur air kosong je.

Lepas siap masak sirap, baru la mula masak menu berbuka puasa 15 Ramadan 1446H yang simple je request by anak-anak nak makan kuetiau goreng. Letak fish ball, udang, sotong dan kerang.

Menu Berbuka Puasa 15 Ramadan 1446H

2 hari dah takde nasi menu berbuka. Esok hingga Jumaat baru la menu nasi. Cie dah siap plan menu berbuka untuk seminggu. Senang nak masak kalau dah siapkan menu. Malas nak fikir setiap hari nak masak apa.

Cie try jugak buat resipi Khairul Aming Thai Crispy Penkek tu. Menjadi la jugak walaupun takde la sama dengan KA buat tu tapi boleh la buat rasa rasa kan. 

Menu Berbuka Puasa 15 Ramadan 1446H

Buah pulak jambu jela sama je macam semalam. Sebiji je beli tapi jambu tu besar. Boleh makan 2-3 kali juga.

Menu Berbuka Puasa 15 Ramadan 1446H

Simple jela menu berbuka kita hari ni. Sedar tak sedar dah 2 minggu kita berpuasa dan lagi 2 minggu nak raya dah.


7 comments: