Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, March 31, 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

Kini tiba Syawal yang dinantikan. Alhamdulillah berakhir dah Ramadan 1446H. Hari ni tiba dah 1 Syawal 1446H. Setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang.

Malam tadi Pengisytiharan Hari Raya Puasa telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1446H jatuh pada hari ini 31 Mac 2025.

Tengok orang lain meriah dah buat rendang. Cie santai-santai je tak masak rendang lagi. Sambil tulis entry ni baru la Cie masak rendang. Memang suka masak awal pagi raya. Cie buat rendang ayam je. Start masak 5.30am, 6.57am dah siap rendang Cie.

Malam tadi husband ajak pergi rumah kak ipar. Dekat je 15 minit. Kak ipar sekarang duduk rumah mertua sejak abah meninggal kak ipar jaga mak. Mak meninggal duduk la kak ipar kat rumah tu dengan family dia. Raya tahun ni la tahun pertama belah husband beraya tanpa mak.

Husband dan anak buah dia bakar mercum berdentum dentam je. Berlawan je dengan penduduk kampung yang lain. Meriah betul kat kampung.

Kat taman Cie ada juga orang main mercun tapi tak semeriah kat kampung boleh kata semua rumah agaknya bakar mercun tu. Tu la kan bila fikir sayang duit je bakar habis takde apa dah.

Hampir pukul 11 jugak la kami balik rumah semula. Kereta masih banyak menghala ke Kelantan. Pukul berapa la agaknya sampai tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H

Dikesempatan ni Cie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog Cie, pembaca blog Cie, rakan blogger dan semua la. Mohon maaf andai ada salah silap Cie. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan buat kita semua.

7 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri maaf Zahir Batin cie 😊

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya buat Cie sekeluarga 💚
    Mohon maaf andai ada tersalah kata ye...
    Kita team hijau la :)

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Fitri buat Cie sekeluarga.
    Maaf zahir dan batin🥰

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil fitri & maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Sama2 kak cie. Saya pun minta maaf jika ada salah dalam komentar.

    Waah masak rendang yaa. THN ini saya pesan kari ayam dan roti jala, ikan keumamah dan udang Sunti utk makanan raya, dari teman 😄. Nak buat sendiri tak sanggublah 🤣

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri utk cie sefamily

    ReplyDelete