Habis Dah Menu Raya - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, April 6, 2025

Habis Dah Menu Raya

Cuti 9 hari sampai ke penghujung dah. Hari ni last dah bermalasan kat rumah. 9 hari cuti dimanfaatkan betul-betul. Hari-hari beraya kecuali hari Jumaat je duduk rumah takde ke mana-mana. Sebab tu kalau raya Cie ambil cuti panjang baru puas beraya.

Hari ni habis dah menu raya. Adik beradik pun dah balik rumah masing-masing. Raya kali ni semua balik berperingkat jadinya tak berkumpul semua. Cie dapat jumpa 5 orang abang dan kakak je raya kali ni. Abang nombor 3 Terengganu dan kakak nombor 4 di Penang je tak balik.

Menu lunch hari ni masak kangkung goreng belacan dan telur dadar je. Gulai masam (tenpoyak) ikan baung dan rendang daging hitam tu Kak Long bagi bekalan semalam. Simpan dalam fridge dan hari ni panaskan.

Habis Dah Menu Raya

Plan malam tadi macam nak masak soto ayam. Tapinya malas la pulak bila dah bangun pagi tadi. Tukar minggu depan jela masak soto ayam. Tu yang dah habis menu raya hari ni. Makan menu biasa je untuk lunch. 

Ada yang masih beraya ke hari ni? 

6 comments:

  1. ari ni MZ dh tak beraya sbb tak de jemputan open house kat mana2...pg2 td kami 5 beranak kuar bf sama2 then kuar ronda2 beli brg etc

    ReplyDelete
  2. Menu biasa itulah yang paling sedap setelah banyak hari makan menu raya kan Chie.

    ReplyDelete
  3. Menu biasalah yg dirindui bila dah seminggu makan menu raya je :)
    Kami masih beraya, ziarah saudara di Lembah Klang ni sblm Abang Angah balik ke asrama

    ReplyDelete
  4. Sy belum lg masak... dapur masih x berasap seminggu... hihi

    ReplyDelete
  5. Cukup dulu menu raya😅

    ReplyDelete
  6. Habis dah raya.. kikiki..
    Sambung weekand minggu depan pula..

    ReplyDelete