Ayam Goreng Berlado Kegemaran Anak-Anak - Blog Roziah Muhammad Nor

Selasa, 6 Mei 2025

Ayam Goreng Berlado Kegemaran Anak-Anak

Setiap hari kalau rajin memang Cie akan masak menu dinner. Selalunya menu Cie yang simple sahaja yang penting mesti ada protein iaitu lauk dan juga vitamin dari sayur. Sayur pulak ada masa yang mentah sahaja sebagai ulam atau pun yang bergoreng.

Kalau kurang rajin Cie akan masak makanan bergoreng macam mi goreng, kuetiau goreng, nasi goreng. Kalau terlebih rajin Cie akan masak menu western. Menu western yang simple jela. Malas menjelma memang menu kedai jela.

Hari ni menu dinner Cie masak ayam goreng berlado kegemaran anak-anak. Kadang-kadang 2 beradik tu memang mempunyai citarasa yang sama. Kalau Cie masak ayam goreng berlado memang anak-anak akan makan dengan berselera. Kita pun seronok nak masak. Tu yang menu ayam goreng berlado kerap juga Cie masak.

Ayam Goreng Berlado Kegemaran Anak-Anak

Ayam goreng berlado style Cie masak tak pedas sebab anak-anak terutama adik Rania tak makan pedas. Kakak Raisha boleh lagi makan pedas. Adik Rania tak makan pedas. Kalau masakan pedas memang makan bersulam air dan dia akan makan sikit je. Kesian pulak kan so Cie masak la ayam goreng berlado tapi tak pedas.

Cie cuma guna cili merah besar dan cili hijau besar. Cili ni tak pedas. Ada masa Cie letak la juga sebiji atau 2 biji cili padi. Kalau ikutkan ayam goreng berlado ni sedap kalau ada rasa pedas sikit. Tapi takpela buat jela tak pedas. Cili tu tadi Cie akan blend guna chopper bersama bawang putih dan bawang besar letak air sikit.

Ayam kena goreng sampai garing lepas tu ketepikan. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan blend tadi sehingga masak. Kalau dah agak kering tambahkan air. Bagi cili tu betul-betul masak. Bila agak dah masak cili tu boleh la tambah gula. Gula pasir boleh, gula nise boleh, gula melaka boleh. Mana-mana yang ada kat rumah je.

Lepas tu masukkan pula bahan perasa, asam jawa atau asam gelugor. Kacau-kacau sampai la sebati. Rasa la dulu kalau dah sedap ok boleh terus masuk ayam. Tapi kalau tak sedap adjust dulu rasa tu pastikan ada rasa masin, manis semua tu la. Jangan manis sangat nanti tak sedap. Agak-agak jela ikut tekak kita rasa kesedapan tu.

Bila rasa semua dah seimbang dan sedap tekak kita makan boleh la masuk ayam tadi. Kalau kering boleh tambah air bagi berkuah sikit. Kacau sampai sebati. Dah boleh tutup air dan hidangakan dalam pinggan. Lepas tu tabur la daun ketumbar kalau suka. Tak suka takpe. Cie suka letak nanti anak-anak kuis la ketepi mereka tak makan.

Tadi Cie guna juga akar daun ketumbar buat tumis sekali nak bagi naik aroma daun ketumbar tu. Kalau tak letak pun takpe. Ada orang tak suka bau daun ketumbar. Cie dulu pun tak suka tapi bila dah cuba makan sedap je pun. Boleh letak dalam tomyam, masak thai, pasta aglio olio buat tabur atas je.

Menu kedua Cie masak ikan pekasam goreng. Ikan pekasam tu beli sebelum puasa hari tu. Beli dari leader cleansing hospital. Family dia buat ikan pekasam. Cie selalu beli dari dia sebab sedap. RM10 je sebekas banyak jugak. Ni baru Cie nak habiskan nanti nak order lagi.

Ayam Goreng Berlado Kegemaran Anak-Anak

Ikan pekasam Cie suka yang jenis beras. Susah nak jumpa kat Lipis ni jenis pekasam beras. Selalunya belah utara. Cie goreng ikan pekasam mesti letak sekali bawang besar dan cili padi. Lepas tu perah asam limau. Memang sedap betul makan dengan nasi panas-panas tak payah lauk lain dah.

Sayur pulak Cie masak siew pak choy goreng. Cie dan husband je makan sayur. Husband pun kurang makan sayur. Kalau ada dia akan makan, kalau takde dia ok je. Cie pulak mesti kena ada sayur baru la ngam lengkap hidangan. Biar pun makan ulam timun je tetap nak kena ada sayur.

Ayam Goreng Berlado Kegemaran Anak-Anak

Itu saja la menu dinner hari ni. Ayam goreng berlado kegemaran anak-anak, ikan pekasam goreng dan sayur siew pak choy goreng. Alhamdulillah rezeki.

Ayam Goreng Berlado Kegemaran Anak-Anak


2 ulasan:

  1. Kalau dekat mau mintak seketul dua, sebab belado kurang pedas 😋 sesuai sangat lah geng tak kuat pedas ni.

    BalasPadam