Dinner Di Dapokas Raub
Petang semalam husband cakap jom dinner di Dapokas Raub. Masa tu kami nak keluar rumah nak ke Tea Live dan kedai Eco. Settle je ambil air yang dah order melalui apps Tea Live dan beli barang di kedai Eco husband terus ajak pergi.
Ishhh random betul kan masa tu dah pukul 6. Kata husband kita terus pergi jela sempat je solat Maghrib kat rumah. Cie cakap nanti rushing sangat pulak nak makan dan nak kejar solat Maghrib. Cie cakap singgah rumah dulu la ambil kain sembahyang.
Kami pun balik rumah dulu ambil kain sembahyang, anak-anak tukar baju dan seluar tadi pakai baju biasa je. Cie pun sempat tukar seluar. Baju ok je tak payah tukar. Sampai lupa pakai lip tint jadi la bibir pucat lesi dalam gambar.
Sampai Raub pukul 7 ada masa lagi sebelum Maghrib 7.19 malam. Kami pun pusing-pusing kat area bandar baru Raub tu sebelum bergerak ke masjid Raub sedang elok azan Maghrib berkumandang.
Selepas selesai solat Maghrib kami terus bergerak ke Dapokas Raub. Kedai ni berhadapan dengan TNB Raub. Kalau nak ke situ mungkin boleh gunakan landmark TNB Raub. Dari jauh dah nampak Dapokas ni warna tema mereka kuning memang menyerlah la walaupun dah gelap malam.
Masuk je ke Dapokas ni banyak lagi meja kosong. Cuma ada beberapa meja saja yang ada pelanggan. Baru lepas Maghrib kan memang tak ramai lagi orang. Selepas kami masuk je datang pelayan bawak menu dan minta kami tengok. Nak order nanti panggil katanya.
Bila tengok menu memang banyak jenis menu ada western dan ada masakan panas macam menu bergoreng tu. Memang rambang mata la nak pilih menu. Kita semua decide menu western. Menu nasi goreng, mi goreng tu kedai biasa pun ada.
Kami order chicken chop untuk adik Rania, grill chicken chop untuk Cie, nasi goreng chicken cop untuk kakak Raisha dan lamb chop untuk husband. Cie tambah nachos cheese. Air pulak ice lemon tea untuk kakak Raisha, mujito apple untuk adik Rania, markisa ais untuk Cie dan durian belanda ais untuk husband.
Nasi goreng chicken chop RM19 |
Nachos cheese RM6 |
Chicken chop RM17 |
Chicken chop grill RM17 |
Durian belanda RM7, markisa RM7, mojito apple RM8, ice lemon tea RM5 |
Lamb chop grill RM26 |
Service sangat cepat kat sini. Tak perlu tunggu lama makanan dah sampai. Porsi pulak banyak untuk 1 hidangan tu. Kalau jenis tak kuat makan mesti takkan habis. Kedai pun bersih je. Selesa la kalau nak makan tu.
Bab rasa pulak Cie tak reti nak cakap. Sebab deria rasa setiap orang ni tak sama kan. Pada Cie rasa hidangan biasa je. Style kat sini makanan dihidangkan dalam hot plate dan sos dicurahkan atasnya kecuali nasi goreng chicken chop tu jela sos diletakkan dalam mangkuk asing. Macam untuk hidangan Cie tu grill chicken chop rasa hangus sikit sebab masa sos dicurahkan tu sos dah jadi kering sebab plate tu terlalu panas. Rasa ayam tu ok je.
Lamb chop husband tu pulak liat sikit. Dapat banyak lemak. Husband makan tak habis pun. Cie tolong makan walaupun liat pun kunyah je. Cie suka lamb. Perapan dan sos sedap je.
Kentang goreng pulak tak garing sangat. Bila curah sekali sos atas tu jadi kembang. Cuma porsi je banyak. Tak kedekut kentang bak kata anak-anak tu. Mungkin owner kedai boleh perbaiki sikit kentang tu mungkin boleh digoreng lama sikit bagi kentang betul-betul masak dan jangan curah sos atas kentang jadi kembang tak sedap nak makan.
Nachos cheese tu memang banjir cheese sedap jugak. Cie ingatkan yang jenis guna cheese mozzarella tu. Rupanya bukan. Sos cheese je dicurahkan atas nachos.
Masa kami dah nak siap makan tu Cie ada nampak someone yang macam familiar je muka dia kat social media. Rupanya anak kata dia tiktokers Fiffy Pahang. Dia review makanan kat situ. Dia ada jugak ambil gambar kami semalam. Tengok la nanti kot ada masuk content dia gambar kami. Hihi.
Kat Dapokas ni ada juga buskers. Masa kami tengah makan tu dengar dia nyanyi. Sorang je yang main gitar dan menyanyi. Best la malam-malam nak lepak dinner bersama keluarga. Ramai juga semalam datang ramai-ramai dengan family besar. Tempat makan pun luas je.
Bulan puasa hari tu la husband dah makan kat situ berbuka puasa bersama kawan-kawan kerja dia. Malam tadi dia pulak bawak kami dinner di Dapokas Raub.
Nampak sedap semua...nachos tu pun nampak sedap...Rasa bak share mojito apple dengan adik lah😍
BalasPadamNampak sedap, sayang la kalau daging lamb tu liat sikit. Apa pun, best, dapat makan menu western sekali-sekala.
BalasPadamSaya kalau mana-mana tiktokers memang tak kenal. Huhu...
Lama tak makan Western... Tempat nampak santai, seronok boleh makan tenang² sambil layan busking kan
BalasPadamjarang kan french fries terus diletak sos, selalu asing sos nya...melimpah ruah cheese nachos...femes nanti kalau fyp di tiktok...hihi..
BalasPadam