Sarapan Hari Cuti Hol Di Kopi Stesen
Hari ni 22 Mei 2025 Negeri Pahang cuti sempena Hari Hol. Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan seseorang Sultan yang telah mangkat. Hari Hol Negeri Pahang adalah hari memperingati kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah iaitu Sultan Pahang ke 5 yang merupakan ayahnda kepada Sultan Pahang sekarang.
Hol berasal dari perkataan Arab "hawl" yang bermaksud ulang tahun kematian dan biasanya dikaitkan dengan majlis tahlil yang diadakan setiap tahun untuk memperingati seseorang yang meninggal dunia khususnya tokoh penting.
Bila hari cuti ni tak rajin nak masak sarapan. Husband pulak awal pagi dah ke kebun nak membaja sawitnya dengan anak buah dia. Husband dah tinggal duit siap-siap tadi. Tu yang kami 3 beranak keluar sarapan hari cuti Hol di Kopi Stesen. Nak sarapan kedai taman ni macam dah jemu. Tu yang keluar la ke bandar lama untuk bersarapan.
Kami sekeluarga memang suka bersarapan di Kopi Stesen ni. Best je vibes kedai-kedai kopi macam zaman dulu. Kedai Kopi Stesen ni memang sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Masa kami sampai tadi ada beberapa meja saja yang kosong. Silih berganti pelanggan datang. Kedudukan pulak sangat strategik di laluan jalan utama di bandar lama Kuala Lipis.
Kami order nasi lemak ayam 2, roti bakar 2 set, air teh o ais 2 dan kopi o ais 1. Total kami makan hari ni RM37. Cie makan 2 keping roti, lagi 2 tu adik Rania dan kakak Raisha. Nasi lemak memang anak-anak Cie suka order kalau makan kat Kopi Stesen. Cie memang setia dengan roti bakar jela. Kadang-kadang je order bubur nasi atau roti jantan yang ada telur goyang dan kaya tu.
Lepas makan terus balik ke rumah. Cie nak settle transfer gambar dari google photo ke external hard disk. Banyak sangat dalam google photo tu dah cecah 68.84gb kuota. Cie subscribe 100gb je. Cie tak back up ke icloud. icloud ambil yang 50gb je Cie back up lain-lain je. Gambar mostly memang kat google photo je.
Tengahari sikit kang baru plan nak jalan-jalan selepas husband balik dari kebun. Bosan jugak cuti hari ni takde ke mana-mana. Weekend dah la tak ke mana-mana sebab adik Rania ada kelas tambahan UPKK Sabtu dan Ahad. Hari ni takde kelas boleh la jalan-jalan ambil angin.
Wah, sarapan style klasik kat Kopi Stesen memang terbaik! Nasi lemak laku keras, roti bakar setia macam cinta sejati. Eh, banyak juga gambar dalam Google Photo, siap nak pindah storage lagi macam simpan memori sarapan setiap hari ke?
BalasPadamBaru tau tentang Cuti Hol tu.. biasa ada nampak kat kalendar tapi ignore je sebab Selangor tak ada.
BalasPadamBila anak-anak ada exam besar memang terpaksa berkorban beberapa perkara.
Selamat bercuti, Cie. Best hari cuti, tak yah masak, breakfast luar je. :)
BalasPadamBest lah cuti.. Orang Melaka kerja. Haha.
BalasPadamSeronok nyer😁😁😁healing healingg
BalasPadamWow...Nice
BalasPadambest dpt bf santai2 gitu
BalasPadamSeronok jugk sesekali makan luar
BalasPadamGambar kt google photo Cuya tkde up pon gmbr kt situ, semua kt external hard disk dn laptop. Nanti sampai masa nak print je gambar
Baru tau asal usul perkataan ‘hol’.
BalasPadamJohor pun ada cuti hari hol. Duduk Perlis ni macam tak ada cuti hari hol.