Sarapan Pagi Nasi Lemak Dan Kuih

5/10/2025 10:19:00 PG
Kembali berhujung minggu hari ni. Minggu ni best sebab cuti 3 hari. Isnin nanti cuti umum Hari Wesak. Walaupun cuti panjang takde ke mana-mana. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK Sabtu dan Ahad. Husband pulak ada mesyuarat PIBG sekolah kakak Raisha hari ni. 

Walaupun cuti kemalasan memasak tu tak boleh dibendung. Maka nya mintak husband beli jela. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK jam 8.30 pagi. Mesyuarat PIBG sekolah kakak Raisha pun 8.30 pagi. 7.30 pagi tadi husband keluar beli makanan sarapan.

Sarapan nasi lemak ayam dan kuih jela pagi ni. Nasi lemak ayam beli kat kedai dalam taman ni je. Kuih muih tu pulak husband beli kat Tempoyang. Gerai berhadapan dengan Bistro Tempoyang. Kat situ banyak gerai jual menu sarapan. Ada pelbagai jenis kuih muih. Cie mintak husband beli kuih, boleh adik Rania bawak bekal ke kelas tambahan UPKK mesti ada rehat pukul 10.

Sarapan Pagi Nasi Lemak Dan Kuih

Sarapan Pagi Nasi Lemak Dan Kuih

Kelas tambahan adik Rania mula 8.30 pagi hingga 1 petang, kemudian rehat 1 jam dan kelas akan mula semula jam 2 petang sampai 4 petang. Memang seharian la kelas dia hari ni. Esok pun ada kelas lagi. Bertabah la adik Rania untuk tahun ni je. Dah habis UPKK nanti dah boleh berehat kat rumah je dah.

Kita yang tengok anak banyak kelas ni rasa penat. Tapi nak buat macam mana kalau nak pandai, nak belajar ilmu agama kena berkorban la sikit. Ibu nak ajar ibu pun tak berapa pandai jadi kita serah kepada ustazah untuk mengajar dan mendidik anak ilmu agama. Sekolah KAFA adik Rania ni memang ustazah sangat komited mengajar. Takde istilah cuti. Malam pun ada kelas.

Masa kakak Raisha hari tu pun sama. Sepanjang tahun UPKK memang tak ke mana weekend ada kelas tambahan. Ustazah pun cakap parents kena berkorban la sikit. Ada juga yang tak hadir kelas tambahan. Terpulang atas masing-masing la kalau ada urusan tak boleh elak kan. Cie so far takde apa-apa weekend dan takde ke mana-mana so adik Rania join jela kelas tambahan UPKK tu.

Sekolah KAFA adik Rania pun dah naikkan yuran tahun ni. Ada bayaran tambahan untuk kelas UPKK. Waktu kakak Raisha dulu takde. Kali ni yuran KAFA RM50 dan yuran tambahan RM60 sebulan jadinya yuran bulanan RM110. Senang sekolah ni dekat je dengan rumah. Seberang jalan je sekolah dan rumah. Adik Rania jalan kaki je pergi kelas. Tu yang tak terfikir nak tukar sekolah KAFA. 

Adik Rania tadi bawak juga bekal kuih kot dia ada rehat tu kang boleh la makan sementara nak tunggu makan tengahari jam 1 petang kang. Sarapan pagi nasi lemak ayam tadi pukul 8 pagi. Dah belajar perah otak tu mesti rasa lapar. Mulanya dia taknak bawak kuih tadi, typical mak mak takut anak lapar nak belajar tak fokus pulak. Dengan muka terpaksa dia bawak jugak la tadi.

Cie tadi makan nasi lemak ayam dan makan kuih nona seketul. Lama tak makan kuih nona tu sedap betul. Anak-anak pun suka kuih nona tu. Susah nak cari yang sedap buat. Lemak manis masin secukup rasa ni. Hari tu ada tengok resipi tapi tak terbuat pun. Beli jela senang.

Apa aktiviti korang hari ni? Cie santai-santai kat rumah je.

2 ulasan:

  1. Wah, nampak kuih kegemaran saya tu... nona manis!

    BalasPadam
  2. Sek KAFA anak belum mula lagi kelas tambahan untuk UPKK

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.