Buat Stok Sambal Hitam

6/22/2025 04:30:00 PTG
Hujung minggu ni ada masa malas betul nak masuk dapur. Nak berehat je baring-baring. Ada mood juga kekadang tu time rajin macam-macam la menu nak di masak. Lagipun macam takde rasa lapar sangat.

Sarapan pagi tadi pun dah lewat, minum pulak Ice Spanish Latte jadinya takdela rasa lapar tapi tetap la Cie masak nasi sikit untuk anak-anak nak makan. Kalau ikut perut sendiri takpe jela tak masak nasi.

Masa handphone tengah charge tadi takde apa nak buat kena la rajinkan diri masuk dapur. Husband dah siap bersihkan ayam, ikan, udang dan sotong. Cie pulak masuk dapur nak buat stok sambal hitam.

Buat Stok Sambal Hitam

Kebetulan Cie baru dapat ikan bilis yang dah siap siang. Mudah kerja. Alkisahnya raya haji hari tu Cie cakap kat Kak Long mintak dia belikan ikan bilis murah kat TikTok. Dia selalu beli kat TikTok je. Katanya murah dan elok ikan bilis tu. 

Buat Stok Sambal Hitam

Minggu lepas Kak Long suruh balik ambil ikan bilis dah sampai katanya. Cie tak sempat nak balik lagi setiap minggu adik Rania ada kelas tambahan KAFA jadinya tak sempat nak balik kampung walaupun dekat je. Ingatkan nak balik minggu ni.

Hari Jumaat tu Kak Long ada urusan kat Lipis dia terus bawak ikan bilis dan hantar ke office Cie. Cie ingatkan ikan bilis belum siang. Rupanya Kak Long dah siap-siap siang dan bagi Cie dalam 2 bekas ais krim Walls yang 1500ml tu. Banyak jugak la. Cie nak bayar katanya ambik jela. Rezeki la. Hihi.

Buat Stok Sambal Hitam

Kak Long cakap saja je siang siap-siap senang la Cie nak masak katanya. Dah la dapat ikan bilis free lepas tu dah siap siang pulak tu double untung. Alhamdulillah rezeki. Tu yang rajin nak buat stok sambal hitam ni.

Senang je bahan sambal hitam Cie. Ikan bilis, bawang besar, cili padi, belimbing hitam, minyak masak. Cie pernah dah share Resipi Sambal Hitam boleh je follow resipi tu kalau nak buat.

Cie dulu pernah je jual sambal hitam. Masa tu husband kerja kat Putrajaya. Memang laku keras lagi-lagi masa tu dekat nak masuk bulan Ramadan mesti ramai yang order nak makan sahur. Banyak je permintaan tapi tu la Cie yang tak rajin nak buat banyak-banyak.

Meniaga makanan ni memang penat. Tu yang Cie tak minat sangat nak berniaga makanan. Cuma seronok jela bila kita masak orang suka dengan masakan kita. 

Teringat la jugak masa Cie duduk Subang dulu Cie pernah buat roti dan moist chocolate cake. Cie jual letak kat kedai runcit. Masa tu Cie kerja kat PJD Construction as a General Clerk. Sebaris office Cie tu ada kedai runcit. Cie letak kat situ la. Laku la jugak cuma tak tahan lama sebab Cie takde guna bahan pengawet.

Masa lepas SPM Cie pernah jual biskut raya. Masa duduk Subang tu jugak selain dari buat roti dan kek, waktu nak raya Cie jual biskut raya, rempeyek, kerepek. Cie memang suka berniaga dari dulu lagi. Cuma tu la kalau berniaga makanan ni kita jadi penat sebab lepas masak nak kena mengemas pulak.

Tu yang dah malas dah nak teruskan berniaga makanan walaupun ada minat dan rasa seronok je sebenarnya. Pernah la juga berangan nak buka kedai makan. Berangan jela kan. Ada masa teringat la kan kisah lama-lama dulu. Pengalaman lalu banyak je Cie ni. 

Siap dah masak sambal hitam. Malas nak masak menu beria sangat Cie masak telur dadar je boleh makan dengan sambal hitam. 2 beradik tu je makan, Cie takde rasa lapar. Adik Rania pun tak makan sangat sebab sambal hitam ibu buat tu pedas bagi dia. Budak ni memang tak boleh langsung ada rasa pedas sikit dia tak tahan makan pedas. Kakak Raisha suka pedas.

Buat Stok Sambal Hitam

Tadi ada beli buah naga. Terus potong makan sedap betul manis je. Beli sebiji je tadi dah masak sedap la manis. Siap masak boleh la sambung berehat. Petang kang plan nak masak celup celup tepung ada ikan, udang dan sotong.

10 ulasan:

  1. tak pernah mkn sambal hitam tu..kiranya taste wise, rasa bilis dan cili lah kan?

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan sambal hitam :( nampak cam sedapp

    BalasPadam
  3. Sedapnya sambal hitam. Saya pernah juga buat kalau ada stok belimbing buluh.
    Cie, ada jenis belimbing hitam ye? Teringin nak tengok.
    Hari ini saya bermalas-malas saja, rehatkan badan.

    BalasPadam
  4. Untung sangat dapat ikan bilis dah siap siang tu. Dahlah belikan, siangkan lagi. Rezeki sungguh lah. Kiranya Cie dah ada ready made belimbing yang dah siap direbus lama tu ye. Tak pernah makan lagi sambal hitam Kalau jenis sambal macam ni sedaplah makan dengan telur dadar tu kan. Macam-macam Cie pernah berniaga makanan. Memang penat berniaga makanan ni. Jenis tak tahan lama tu agak risiko rugi jugalah. Takpe, yang penting kita usaha cari duit.

    BalasPadam
  5. suka makan sambal hitam ni. buat cicah dgn roti pun sedap. :-)

    BalasPadam
  6. Ammi pun kalau menjelang nak ramadhan suka order sambal hitam buat lauk sahur

    BalasPadam
  7. Sambal hitam ni boleh buat tambah nasi.

    BalasPadam
  8. Sedapnya...gara- gara sambal hitam cie ni akak dah order sambal hitam kat shopee...sedap makan ngan telur mata goreng..

    BalasPadam
  9. Semoga hasrat Cie untuk buka kedai makan terlaksana.
    Mana tau... angan-angan jadi kenyataan suatu hari nanti.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.