Menu Dinner Ala Western
Kepak ayam dari minggu lepas husband beli tapi tak sempat lagi nak masak. Selalunya kalau husband beli kepak ayam Cie akan buat kepak ayam goreng ala Ikea. Memang takde nasi la makan ayam dan yang lain je.
Kebetulan memang dah takde idea dah nak masak apa. Malam tadi terus thaw kepak ayam tu letak kat bahagian chiller. Balik lunch time tadi sempat la perap kepak ayam tu dulu. Kena perap lama baru mesra bancuhan tu.
Cie dah pernah share Resipi Kepak Ayam Goreng Ala Ikea. Cie pun dah try and error beberapa resipi juga. Nak betul-betul sama tu susah la tapi ala-ala tu boleh la. Anak-anak Cie memang suka makan kepak ayam goreng ala Ikea ni.
Tengahari tadi balik lunch time tengok ayam dah complete thaw. Jirus air sikit dan tapis untuk toskan air. Sambil tu siapkan bahan perapan. Kali ni Cie perap kepak ayam sekali meatball. Nak goreng meatball macam kepak ayam tu juga. Cie perap dalam bekas dan tutup letak dalam fridge.
Balik kerja petang dah boleh goreng. Cie masuk kitchen pukul 6 macam tu. Nak goreng kepak ayam dan meatball yang dah perap tu. Dalam 4-5 jam juga perapan tadi memang mesra la.
Nak goreng tu kena api sederhana dan sentiasa balikkan ayam tu supaya tak hangus dan akan masak cantik. Meatball pulak sekejap je goreng tak perlu lama-lama. Bila dah angkat macam cekodok pisang pulak. Hahaha.
Meatball tu pertama kali Cie perap dengan bancuhan ayam tu sekali. Ternyata sedap jugak. So lepas ni kalau buat kepak ayam goreng ala Ikea kena buat meatball sekali baru ngam macam makan kat Ikea.
Cie goreng jugak fries sikit je lagi ada dalam freezer tu so habiskan terus jela. Coleslaw pun Cie buat sikit je. Minggu lepas dah siap hiris halus kobis bulat lepas tu tadi gaul dengan mayonis je.
Tu jela menu dinner ala western malam ni sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah 1447H. Masak la special sikit kan.
Ada jugak buah strawberry pemberian staf Cie. Geng staf perempuan mereka pergi jalan-jalan Cameron Highlands semalam. Cie saja mengusik mereka, Cie cakap bawak balik sebekas sorang untuk Cie.
Rupanya tadi ada la sebekas untuk Cie banyak pulak tu siap coklat celup sekali ada. Mulanya tadi mereka nak bagi banyak lagi. Cie kata takpela sebekas ni pun cukup dah. Segan sebenarnya.
Bawak balik rumah tadi anak-anak Cie makan banyak sebab sedap pulak strawberry tu tak masam. Kami pun dah lama tak ke Cameron Highlands. Kalau hari cuti memang jem merata tempat tu yang malas la layan jem kat atas bukit tu.
Lepas Maghrib tadi kami makan menu dinner ala western. Anak-anak memang suka sangat ibu buat kepak ayam goreng ala Ikea. Husband beli 10 ketul. Cie dan husband makan 2 ketul sorang, kakak dan adik 3 ketul sorang. Habis semua licin dah.
Lepas dinner cadangnya nak ke kedai Eco nak beli jajan esok nak jalan-jalan boleh makan dalam kereta. Lepas Isyak tadi dah hujan dan guruh pulak terus batalkan plan. Hujan menyambut malam Maal Hijrah.
Sedapnya
BalasPadamMesti sedap ni anak-anak Cie suka. Teringat pulak pernah ternampak Cie di IKEA dulu. Nak tegur dah jauh gerak rasanya. Masa tu IKEA Cheras kot kan. Pergi IKEA biasa beli karipap dan aiskrim je sebelum balik. Makan dekat situ belum pernah lagi. Tengok selalu full house. Itu yang beli karipap je depan cashier tu.
BalasPadamAlahai yeke kalau tak boleh la kita selfie2 kan. Hihi. Cie tak perasan la tu. Betul kat cafe Ikea memang sentiasa full house. Jenuh beratur. Nak jumpa tempat kosong pun kena cari.
PadamSedap tu kepak ayam goreng regu dgn fries. Berebut² la kalau anak⁴ PH dapat makan ni :)
BalasPadamalhamdulillah, sedap
BalasPadamboleh la ambil menu Cie buat bekal berkelah maktab Pia nanti
BalasPadam