Menu Dinner Malam Ni

6/10/2025 10:30:00 PTG
Petang tadi Cie masak dinner lepas balik dari kerja macam biasa. Minggu ni banyak lauk pauk. Ada ayam, ikan, udang. Ada 3 bahagian daging korban rezeki dapat tahun ni. 

Sabtu hari tu beraya kat rumah kakak di Bentong dapat seplastik daging korban. Cie rebus dah siap-siap senang nak masak. Cie dah masak sup dah buat rencah nasi goreng daging. Ada lagi sebekas plan nak buat daging kicap je kot.

Kelmarin jiran depan rumah ni bagi seplastik daging kerbau. Yang tu husband dah simpan dalam freezer. Nanti la weekend baru fikirkan apa nak buat. Nampak banyak juga tu seplastik.

Malam tadi pulak ustazah KAFA adik Rania whatsapp tanya ada kat rumah tak. Cie kata ada. Dia kata nak hantar daging. Suami dia hantarkan. Dapat lagi seplastik. Ustazah ni dekat je dengan rumah Cie dia duduk sebelah sekolah KAFA tu. Guru Besar sekolah KAFA adik Rania merangkap guru kelas juga. 

Cie thaw daging yang ustazah bagi tu petang tadi. Teringat ayah selalu buat daging goreng kunyit bila ada daging korban. Kegemaran ayah la tu daging goreng kunyit. Kalau nak buat daging goreng kunyit kena daging fresh tu tak sedap kalau yang dah siap rebus.

Petang tadi balik kerja selepas solat Asar terus masuk dapur. Cie potong daging tu. Buat separuh je dari daging yang ustazah tu bagi. Tak sure la berapa gram.
Separuh lagi Cie simpan semula.

Menu dinner malam ni daging goreng kunyit, ayam mangga sos thai, kobis bulat goreng kicap. Berselera anak-anak makan katanya sedap ibu masak. Ibu ni magic tiba-tiba masuk dapur terus muncul idea nak masak apa.

Menu Dinner Malam Ni

Resipi Daging Goreng Kunyit : Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan Daging Goreng Kunyit

Daging dipotong kecil 
1/2 biji bawang besar potong biaaa
2 biji cili hiris
Asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak 
Air

Cara Membuat Daging Goreng Kunyit

  1. Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak kemudian masukkan daging dan asam gelugor. Kacau sekali sekala.
  3. Bila air daging tu dah kering kacau lagi sekali sekala. Perlahankan api.
  4. Masukkan sedikit air. Biarkan dan kacau sekali sekala sampai air kering. Try rasa kalau dah empuk boleh teruskan next step. Kalau belum empuk masukkan air lagi.
  5. Bila air dah kering, tinggal minyak je boleh la masukkan bawang besar dan cili padi.
  6. Siap dah angkat, toskan minyak.
Senang je nak buat daging goreng kunyit. Yang penting kena potong nipis daging tu dan melawan urat supaya daging tu cepat empuk. Cie tak pandai sangat melawan urat tu kekadang hentam jela potong.

Menu Dinner Malam Ni

Menu seterusnya Cie masak ayam mangga sos thai. Ni pun mudah je disediakan dan rasanya sangat sedap. Mangga Kak Ngah bagi baru ni besar sebiji tu. Dapat buat jeruk asam boi dan Cie cincang sikit untuk buat ayam mangga sos thai dan esok nak buat kerabu mangga.

Resipi Ayam Mangga Sos Thai

Bahan-bahan Ayam Mangga Sos Thai

Ayam dipotong kecil
Mangga dicincang halus dan dihiris nipis
Tepung bestari perisa asli
Sos thai yang dalam botol tudung putih cap ayam
Serai hiris nipis
Bawang besar potong kecil
Cili padi hiris
Tomato ceri dipotong kecil
Minyak 

Semua bahan tu agak-agak jela takde sukatan.

Cara Membuat Ayam Mangga Sos Thai

  1. Gaulkan ayam dengan tepung bestari. Tak perlu campur air. Gaul kering je. Air dari ayam tu dah cukup nak lekatkan tepung.
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan. Letak dalam pinggan.
  3. Gaulkan mangga, serai, bawang besar, cili padi dan tomato.
  4. Curahkan sos thai atas ayam. Kemudian letak mangga yang dah digaul dengan bahan lain tu. 
  5. Dah siap.
Senang je kan ayam mangga sos thai ni. Guna sos thai yang ada gambar ayam tu je senang dah tak perlu campur bahan perasa lain dah. Ayam tu pun dah digaul dengan tepung bestari dah cukup rasa. Simple dan mudah disediakan. Rasa sos thai dan rasa mangga tu bila bergabung memang padu!

Menu Dinner Malam Ni

Sayur pulak Cie masak kobis goreng kicap je. Tak payah la resipi kan. Senang je pun kobis goreng tu. Cie letak bawang putih dan bawang besar je sebelum angkat renjiskan kicap. Dah siap.


Lepas masak tadi Cie berjalan kat atas walking pad. Dapat la 39 minit 3km. Cukup la. Tu pun dah berjujuran peluh. Nak ready Maghrib pulak tu yang buat 3km je. Lepas Maghrib nak dinner dah adik Rania ada kelas tambahan UPKK.

Sambil excercise tadi sambil scroll Facebook dan Instagram masih cerita tentang tragedi bas yang dinaiki pelajar UPSI terbalik tu. Macam-macam cerita keluar. Semua ni Allah dah tentukan. Mereka pun dah selamat dikebumikan. InsyaAllah syahid buat mereka. Meninggal dunia dalam perjalanan nak menuntut ilmu.

Tadi ada tengok reels kat Instagram. Ada seorang pelajar yang terselamat ditemuramah oleh Dr Asyraf Wajdi kat wad hospital. Katanya ayah dah takde. Mak pulak sakit. Adik kembar sorang dapat masuk U, sorang STPM tapi sekarang kerja nak bagi dia belajar kat UPSI. Dr Asyraf tanya siapa tanggung belajar. Katanya duit PERKESO ayahnya. 

Ada juga terbaca yang kebanyakkan pelajar terlibat nahas tu bukan dari keluarga yang senang. Mereka sangat pandai. Bakal pendidik. Harapan keluarga. Tapi apekan daya Allah lebih menyayangi mereka. Mereka dah ada tempat di syurga. 

Sedih sangat bila baca kisah tragedi dan tengok video-video. Sesungguhnya mati tu sangat dekat dengan kita. Cuma kita je taktau bila. Teruskan berbuat baik dengan sesiapa sahaja. Sentiasa ingat dan bersedia bila-bila masa Allah jemput kita kembali.


12 ulasan:

  1. MZ dh few times masak menu ni hahah dan mr hubby ckp dh muak mkn ulang2 lauk yg sama

    BalasPadam
  2. Menarik untuk dicuba menu ni
    Simple tapi sedapp

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Rezeki.. Daging kerbau tu jarang ada kan Cie.. Rezeki tu..
    Mudah dan ringkas ja kalau masak kunyit.. Sha pun tak pandai potong melawan urat.. ikut dan je kalau potong.. kikiki..

    BalasPadam
  4. Lama x mkn daging goreng kunyit, sebabnya malas nk hiris nipis-nipis tu... hehehe

    BalasPadam
  5. daging goreng kunyit ni makan dgn nasi panas2 pun dah cukup utk bertambah 2 kali hehehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..banyak dapat daging korban tu. Macam-macam menu daging boleh masak tu. Saya pun kadang hentam je potong ikut urut lawan urat. Yang penting kena potong nipis cepat masak dan lembut. Macam sedap pulak tengok lauk ayam mangga sos thai tu.

    BalasPadam
  7. Nak coba lah resep daging kunyit ini. Sama lah kak, saya pun tak tahu cara iris daging supaya rapi dan bertentangan dengan urat nya. Makanya kalo beli daging, selalu minta tukang daging tolong iriskan 🤣. Jadi dah pasti betul caranya 😅

    Sedih lah kalau baca background para korban kecelakaan. Terkadang mereka lah tulang punggung atau harapan keluarga.

    BalasPadam
  8. Sedap ni daging goreng..Mkn cicah cili kicap =D

    BalasPadam
  9. linda tak reti masak daging goreng kunyit nie...tak pernah pula try...
    nie dah direct dari isnin menu daging je...jemu pula dah...nanti nak suruh husband beli ayam lah.. hahaha

    BalasPadam
  10. Nak buat jugalah daging goreng kunyit. Daging korban lebih segar, hence lembut dan manis² rasanya kan... minyaknya tu buat gaul nasi pun padu... Tp kena berpada²lah umur 40-an ni 😁

    Semoga dipermudahkan urusan mereka semuanya 🤲🏻

    BalasPadam
  11. daging grg kunyit sedap makan dgn nasi panas-panas :)

    BalasPadam
  12. banyak menu2 bloggers this week based on daging qurban ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.