Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

6/09/2025 09:54:00 PTG

NAHAS BAS UPSI : 15 Pelajar Maut

Hari ni negara dikejutkan dengan berita mendukacitakan dan mengejutkan yang mana tragedi bas yang membawa 42 orang pelajar UPSI dari Jertih terlibat dengan kemalangan maut.

Pagi tadi selepas subuh Cie scroll Facebook ternampak berita yang menyayat hati ni. Terus buka TV nak tunggu berita kat TV. Hari ni seharian buka TV untuk tengok perkembangan terkini tragedi bas yang membawa pelajar UPSI. Memang sedih rasa hati dengan tragedi ni. 

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Bas tersebut bukan la bas UPSI tapi sebuah bas persendirian yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang disewa sendiri oleh pelajar untuk memudahkan pulang ke UPSI selepas bercuti raya Aidiladha.

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Bas yang membawa 42 orang pelajar UPSI telah terbabit dalam satu kemalangan maut di KM 53 Lebuhraya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik sekitar jam 1.10 pagi tadi. Bas tersebut dalam perjalanan pulang dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim.

Kemalangan tersebut melibatkan 48 orang:

  • 42 pelajar UPSI
  • 2 pemandu bas
  • 4 penumpang Perodua Alza

Jumlah mangsa terkorban: 15 orang

  • 13 maut di tempat kejadian
  • 2 meninggal dunia di hospital

Mangsa lain:

  • 27 orang cedera termasuk pelajar, pemandu dan keluarga dalam MPV


Kronologi Dan Punca Kemalangan


Menurut siasatan awal, bas dipercayai merempuh belakang sebuah Perodua Alza sebelum terbabas dan terbalik di tepi lebuh raya. Ada juga viral dashcam video kemalangan. Perodua Alza tu terbabas masuk ke dalam longkang selepas dilanggar dari belakang oleh bas tersebut.

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Operasi menyelamat dijalankan oleh APM dan JBPM yang terpaksa memotong bahagian belakang bas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Kalau tengok keadaan bas tu memang sangat dasyat. Ditusuk oleh penghadang jalan. Tu mungkin faktor menyebabkan ada mangsa meninggal dan cedera parah. Terkena besi penghadang jalan tersebut.

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Sedih tengok bekalan makanan menu raya seperti ketupat, rendang yang dibawa balik bergelimpangan, barangan peribadi mangsa juga bertaburan di lokasi kemalangan.

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Tragedi Bas UPSI Terbalik Di Gerik

Bedah siasat dijalankan di Hospital Gerik 2 jenazah dan 14 jenazah lagi bedah siasat dijalankan di Hospital Ipoh. Selesai bedah siasat dijalankan semua jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk disolatkan dan dikebumikan. 

Semoga semua keluarga mangsa terlibat terus diberi ketabahan dalam menempuhi ujian berat ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat semua yang telah terkorban dalam tragedi ini.

Sama-sama kita berhati-hati di jalan raya. Semoga kita dijauhi dari musibah.

2 ulasan:

  1. Sedih tak terkata.
    Semoga semua keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan besar ini.

    BalasPadam
  2. sebak sayu sepanjang hari psl tragedi ni :(

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.