Sarapan Pagi Di Kopi Stesen

6/27/2025 10:34:00 PG
Hari ni cuti sempena Maal Hijrah. Long weekend Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kita macam biasa la cuti panjang ke pendek ke takdela balik kampung sebabnya dah di kampung. Hihi. Kami laki bini kampung memang di Lipis je. Memasing dah takde parents so biasanya cuti ni sama ada duk rumah je atau plan ke mana-mana.

Pagi ni kita sarapan pagi di Kopi Stesen. Minggu lepas full so minggu ni datang awal sikit tadi. Pukul 8 lebih masih banyak meja kosong. Bila dah hampir pukul 9 tu memang dah full orang datang Kopi Stesen.

Kat Lipis ni ada 1 je kedai kopitiam macam tu so memang jadi tumpuan la. Cie memang suka bersarapan di kedai ala kopitiam macam tu. Vibes kedai kopi zaman dulu. Menu pulak memang kena dengan tekak kita. Boleh kata setiap bulan jugak kami sarapan pagi di Kopi Stesen ni.

Adik Rania pagi buta order air botol sarsi, kakak Raisha macam biasa la teh o ais je, ibu order kopi o ais, babahnya nescafe tarik. 

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen

Selalunya kalau sarapan pagi di Kopi Stesen ni anak-anak suka order nasi lemak ayam. Cie macam biasa la roti bakar je. Husband pulak order roti jantan. Roti jantan ni roti titab tu la ada kaya dan telur atas roti.

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen

Sarapan Pagi Di Kopi Stesen

Anak-anak ni order nasi lemak selalunya tak habis makan. Tugas ibu dan babah la tukang habiskan makanan anak-anak. Sebab tu ibu order roti bakar je. Nanti terlebih kenyang pulak makan banyak.

Ada banyak lagi menu lain kat Kopi Stesen ni. Ada bubur nasi, roti kukus, nasi lemak telur, telur masak separuh dan macam-macam lagi la. Air pun ada macam-macam. Kalau order air panas nanti dapat roti kering gula tu sedap juga cicah air.

Siap makan kami terus bergerak untuk jalan-jalan. Sempat singgah Watson dan 7E Cafe dulu sebelum meneruskan perjalanan. Nanti Cie share apa yang dibeli. Pantang masuk Watson ada sales pulak tu.

6 ulasan:

  1. Menarik dia pun vibes macam kopitiam lama. Makanan kena pula tu dengan selera sarapan kita kan. Nasib baik order roti bakar je. Kalau semua orang nasi, nanti kira kena makan 2 pinggan nasi pula kan. hihi...

    BalasPadam
  2. Bestnya sarapan dekat Kopitiam. Kita tak pergi mana² Cie, PI kena kerja kat Jom Heboh, heheh.

    BalasPadam
  3. Lama dah tak singgah ke Kopi Stesen ni.. makanan semua sedap.. dulu dpt jumpa sultan sbb singgah breakfast di sini 😊

    BalasPadam
  4. Sarapannya nasi lemak ayam, minumnya kopi es...ah sedap sekali, Mbak.

    Salam,

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.