Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Hari ini Cie berpeluang meluangkan masa bersama keluarga kakak ipar Cie dengan berkelah di Pak Teh Chalet Ulu Sungai, sebuah lokasi yang tenang dan semula jadi di kawasan Raub, Pahang. 

Pemandangan sungai jernih di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub



Beberapa hari lepas kakak ipar pelawa untuk join dia dan anak-anak berkelah. Anak-anaknya seramai 4 orang sekali 2 orang menantu dan 2 orang cucu pun ada. Kami pun join la dah dipelawa kan. Lagipun hari ni memang takde apa-apa aktiviti.

Kakak ipar merupakan kakak sulung kepada husband. Sorang tu jela kakak ipar Cie sebab adik beradik husband sorang je perempuan dan lagi 3 orang lelaki. Husband yang bongsu. Sebelah husband walaupun bongsu pangkatnya pakndak dan Cie makndak. Cucu kakak ipar tu panggil husband atok dan Cie kejap-kejap wan, kejap-kejap opah, nanny pun boleh. Hahaha

Kami bertolak pukul 11.45 pagi sempat singgah 7E Cafe dulu untuk beli ice latte. Untuk husband 1 cup dan untuk Cie request dalam tumblr. Mujur adik cashier tu layankan je.

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga



Dari Lipis kami ikut jalan Sungai Koyan menuju ke Ulu Sungai Raub. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam 25 mimit dari rumah Cie. Kakak ipar dan anak menantu dia gerak lebih awal dari kami. Masa kami sampai mereka dah start membakar bahan bbq.

Cuaca tadi sangat baik tidak terlalu panas dan tidak pula mendung. Hanya langit biru terbentang, sesuai sekali untuk aktiviti luar seperti ini.

Setibanya di Pak Teh Chalet, kami disambut oleh deruan air sungai yang jernih mengalir tenang. Kawasan chalet ini cukup bersih, tersusun dan selamat untuk kanak-kanak. 

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga


Terdapat beberapa pondok rehat yang boleh digunakan untuk duduk santai atau menyusun makanan. Kakak ipar sewa pondok untuk kami meletakkan makanan berdepan je dengan chalet yang mereka sewa. Chalet tu disewa sehari la untuk tujuan tukar pakaian dan bersihkan badan selepas berendam dalam air.


Persiapan BBQ dan Juadah Santai


Antara menu utama kami hari ini ialah BBQ ayam perap, sosej, kambing, ikan bakar. Ni bahagian kakak ipar dan family nya sediakan. Sekali sos pelbagai jenis anak buah buat. Kakak ipar bawa juga nasi putih, buncis goreng, salad, timun, sambal hitam, tembikai.

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga



Cie pulak bahagian mi goreng, nasi goreng, epal dan jambu batu asam boi. Cie bawak jugak timun, tomato ceri, cili potong, limau kasturi. Kami beli air botol je senang bawak dalam botol. Susah nak bancuh air minuman. Beli yang dalam botol lebih mudah.


Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga



Sambil kami membakar makanan di atas pemanggang, cucu 2 beradik tu kelihatan teruja bermain air sungai. Air sungainya sangat jernih dan sejuk, mengalir perlahan dengan batu-batu kecil yang boleh dilihat jelas di dasar. Tidak terlalu dalam. Ada kawasan yang sangat cetek.

Aktiviti BBQ sangat menyeronokkan, bukan sahaja kerana makanannya yang lazat, tetapi juga kerana kami saling bergurau, ketawa dan berbual tentang pelbagai hal. Jarang berjumpa masing-masing busy dengan urusan.


Mandi Sungai dan Keindahan Alam Semula Jadi


Selepas makan, giliran orang dewasa pula turun mandi. Airnya sangat menyegarkan, dan kawasan sungai ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Ada kawasan yang cetek dan juga yang sedikit dalam, namun masih dalam kawalan.

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
3 beranak tu baru nak terjun sungai

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Belakang tu semua chalet



Pemandangan sekitar sangat indah. Pokok-pokok menghijau memberikan keteduhan yang nyaman, bunyi burung berkicau dan angin sepoi-sepoi bahasa benar-benar mendamaikan. Pak Teh Chalet ini memang lokasi yang ideal untuk “healing” dan lari dari kesibukan bandar.

Cie celup-celup kaki je. Malas nak berendam dalam sungai. Terlupa bawak waterproof phone case jadinya susah nak ambil gambar banyak-banyak. Lagipun Cie malas nak tukar baju semula lepas berendam tu.

Kemudahan di Pak Teh Chalet Ulu Sungai


Salah satu perkara yang best tentang tempat ini ialah kemudahannya. Terdapat juga kawasan parking yang luas serta surau kecil untuk kemudahan pengunjung muslim. Terdapat juga ruang makan yang luas disediakan di situ.

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Surau

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Dewan makan

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Dalam surau



Bagi yang ingin bermalam, terdapat beberapa bilik chalet untuk disewa dengan harga yang berpatutan. Kawasan ini juga dilengkapi dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai untuk mereka yang ingin lepak hingga ke malam.

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Chalet yang ada 2 katil dalam tu ada sekali bilik air

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Pondok tu la kami makan-makan

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga
Hadapan chalet

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga



Chalet yang kakak ipar sewa ada 2 buah katil single, ada kipas dinding, ada kemudahan plug, tandas dan bilik air juga disediakan. Chalet itu juga berhadapan dengan sungai sangat ideal untuk mereka yang mahu tidur malam diiringi bunyi air mengalir.

Kalau taknak tidur pun boleh sewa juga untuk lebih mudah menyimpan beg pakaian dan menukar pakaian selepas mandi sungai.

Cuma kat situ line handphone susah sikit. Cie dan husband pakai umobile takde line langsung, celcom anak-anak pakai ada la tenggelam timbul, kakak ipar pakai maxis ada line. 


Momen Kekeluargaan yang Bermakna


Berkelah seperti ini bukan sahaja mengisi perut, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Bagi Cie, hari ini sangat bermakna kerana memberi peluang untuk kami semua berehat, berkumpul dan menikmati alam semula jadi bersama. 

Kadang-kadang, momen sebegini lebih bermakna berbanding percutian jauh yang memerlukan belanja besar. Di sinilah nilai kekeluargaan itu benar-benar terasa disaat semua berkongsi tawa, makanan dan kasih sayang.


Tip Jika Anda Mahu Ke Pak Teh Chalet


Kalau anda bercadang untuk berkunjung ke Pak Teh Chalet Ulu Sungai, berikut adalah beberapa tip berguna:

  • Tempah awal jika mahu gunakan pondok atau bermalam di chalet.
  • Bawa makanan sendiri dan pastikan sampah dibuang di tempat yang betul.
  • Pakai pakaian sesuai untuk mandi sungai dan bawa pakaian ganti.
  • Utamakan keselamatan anak-anak, terutamanya jika sungai agak dalam selepas hujan.
  • Jaga kebersihan tempat awam yang harus kita pelihara bersama.


Lokasi Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub


Pak Teh Chalet terletak di kawasan kampung yang damai di Ulu Sungai, Raub, Pahang. Lokasinya agak tersembunyi tetapi sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada kesibukan bandar dan mencari ketenangan semula jadi. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 20–30 minit dari pekan Raub, bergantung kepada laluan dan keadaan trafik.

Dari Lipis tadi masa pergi kami melalui jalan Sungai Koyan manakala masa balik kami ikut Gesing dan terus ke Lipis. Masa perjalanan dari Lipis ke Ulu Sungai mengambil masa anggaran sejam lebih. Kalau dari KL ke Raub dan seterusnya ke Ulu Sungai.


Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga



Bagi yang pertama kali ingin ke sini, disarankan untuk menggunakan Google Maps atau waze dan taip “Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub” untuk panduan lebih mudah. Terdapat papan tanda kecil di tepi jalan utama yang menunjukkan arah masuk ke kawasan chalet.

Hati-hati ye jalan masuk ke Pak Teh Chalet agak kecil. Kalau berselisih dengan kenderaan lain tu kena berhenti dahulu untuk memberi laluan kepada kenderaan itu untuk lalu.

Berkelah Di Pak Teh Chalet Ulu Sungai Raub: BBQ, Mandi Sungai Bersama Keluarga




Kesimpulan Dari Perkelahan Ini


Berkelah di Pak Teh Chalet Ulu Sungai benar-benar memberi pengalaman yang menyenangkan dan penuh kenangan indah. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya bagi mereka yang mencari lokasi santai bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Dengan keindahan alam semula jadi, kemudahan lengkap dan suasana tenang, tidak hairanlah lokasi ini semakin dikenali dan digemari ramai.

Jika anda belum pernah ke sini, Cie sarankan korang datang la untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Kadangkala, lokasi yang dekat dan ringkas seperti ini lebih memberi makna berbanding percutian mewah yang memenatkan.

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook atau Instagram Pakteh Chalet Ulu Sungai Raub Pahang.

1 Comments

  1. Menarik sekali tempat tu, boleh berehat, BBQ dan aktiviti santai dalam penginapan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Copyright © ROZIAH_CIE. Designed by OddThemes