Dari minggu lepas nak sarapan di Kedai Kopi Stesen ni tapinya tak dapat sebab minggu lepas kami sampai kat kedai hampir pukul 9 pagi kedai full house. So hari ni keluar la awal sikit sampai kat kedai 8.20 pagi. Masa kami sampai cuma ada 1 meja je yang ada customer.
Agaknya minggu ni ramai bersarapan di rumah je. Santai hujung minggu bersama keluarga. Kami ni sebab nak keluar beli barang dapur so sekaligus la makan kat luar je. Semalam dah sarapan di rumah.
Cie paling suka makan di kedai yang vibe kedai kopi zaman dulu. Kat belah Perak banyak kedai style macam ni. Menu mereka banyak juga. Ada pelbagai jenis.
Kalau makan kat Kedai Kopi Stesen ni menu sama jela kami order. Roti bakar, telur masak separuh, nasi lemak. Tadi husband order roti kukus tapinya tak buat kata adik pelayan tu. Jadinya husband order la 3 set roti bakar untuk kami bertiga sebab adik Rania order nasi lemak ayam.
Nasi lemak ayam tu sedap cuma sambal jela bagi Cie nacam ada yang kurang sikit la. Kadang-kadang ada rasa masam asam jawa, tadi rasa bawang je dan pedas sikit la. Ni tekak Cie la tak sure tekak orang lain. Tapi anak-anak Cie suka je makan nasi lemak kat sini sebab mereka tak makan sangat sambal. Ayam goreng tu sedap.
Lama Cie tak order bubur nasi kat Kedai Kopi Stesen ni. Bubur nasi dia sedap jugak. Nanti la next time kita order bubur nasi pulak. Roti jantan pun lama Cie tak order. Setia dengan roti bakar je. Sedap rangup cukup rasa butter dan kaya tu.
Siap sarapan kami terus ke BS Freshmart pulak nak beli barang dapur. Begini lah rutin hujung minggu. Kalau tak Sabtu, hari Ahad kami keluar beli barang dapur.
5 Comments
suka cafe2 vintage mcm ni...roti bakar is the best at kopitiam..
BalasPadamNampak garing roti bakar tu, mesti sedap. Nasi lemak kalau sambal tak sedap terus tak sedap.
BalasPadamKdg² suruh husband je beli brg basah...sayur selalu Linda beli masa balik kerja,singgah jelah kedai mart belakang hospital
BalasPadamNampak klasik tempat tu kan..meletup hidangan...selamat menjamu selera..
BalasPadamKlasik betul bangunan kedai kopi ni ya.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.