Buat Menu Kopitiam Di Rumah

Ahad 2 minggu lepas bersamaan dengan 28 September 2025, Cie buat menu kopitiam di rumah. Walaupun dah berlalu lama tapi takpela kita cerita jugak la mengikut barisan entri yang kita dah tetapkan. Dah alang-alang gambar pun ada so why not kita menambahkan jumlah posts kita. 

Menu kopitiam di rumah

Kita buat menu kopitiam simple je sebab tengahari tu nak makan kenduri pakcik Cie iaitu Pak Itam menyambut menantu. Dekat je taman perumahan kenduri tu dalam 5 minit je dari rumah Cie. Yang ni ada dalam draft jugak belum dikarangkan.

Kebetulan Faiz ada beli bekas buat telur masak separuh. Masa makan kat Kopi Stesen Cie tunjuk kat Faiz bekas kedai tu guna untuk buat telur masak separuh. Faiz terus pergi beli ye masa kat kedai barang tapi sungai tu. Maka nya isteri solehah ni buat la menu kopitiam kat rumah.

Bekas telur masak separuh

Cie buat roti bakar butter dan kaya. Cuma tak feel sangat sebabnya Faiz beli roti gardenia pulak. Kena beli roti pound yang macam kedai kopitiam guna tu. Mulanya dia tak beli butter, marjerin pun dah habis kat rumah masa tu keluar pergi beli butter hari Sabtu petang tu.

Bahan roti bakar butter

Beli butter kat speedmart tu tak banyak jenis yang ada dan mahal sikit dari harga pasaraya. Bila bakar roti tu cair pulak butter tu. Kedai kopitiam tu guna butter apa ye? Tengok seketul je tak meresap pun dalam roti. Cie guna buttercup menyerap dalam roti.

Roti yang hendak dibakar

Tanya chatgpt ada jugak beberapa jenis butter dalam list termasuk buttercup. Rasanya tebal jugak dah Cie potong letak tengah roti. Takpela next time try lagi buat guna roti lain.

Roti bakar butter kaya

Telur masak separuh tu mula buat telur kuning jadi keras. Rupanya tak perasan pada bekas tu ada tanda paras air untuk setiap biji telur yang kita nak buat. Cie buat masa tu main letak je air tak perasan paras tu. 

Telur masak separuh

Masa buat kali kedua sebabnya tak cukup anak-anak kata sedap, baru la perasan ada paras air. Baru la elok kejadiannya.

Telur masak separuh

Suka sangat bersarapan di kopitiam kan? Jadinya buat jela sendiri di rumah tak susah pun. 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Saya pun biasa buat telur masak separuh guna bekas kuning tu. Elok cantik kejadian telur. Sedap, sarapan macam ni, di rumah.

    BalasPadam
  2. roti bakar tu yang sedap...selalu linda sapu planta je...hihihi

    BalasPadam
  3. Aduhai...Geram je tgk telur separuh masak tu =D

    BalasPadam
  4. mmg dh mcm kt koptiam dh tu....lama tk mkn telur masak separuh

    BalasPadam
  5. Gardenia pun sedap kalau tak ada roti benggali tu kan.

    BalasPadam
  6. roti apa pun ok janji air tangan isteri... heheheh

    BalasPadam
  7. menarik tu...suka makan roti sapu kaya dan butter. Tiba-tiba teringin nak buat pulak.

    BalasPadam
  8. Menu kopitiam ni nampak simple tapi penat sebenarnya nak kena buat satu². Kita kalau letak air panas kat half boil egg maker tu, tak kisahlah, 2 biji ke, 4 biji ke, memang letak jer air sampai paras maksima, hehe.

    BalasPadam
  9. Menarik menu ni. Regu dgn kopi tak? 😋
    Akk lately pun rajin buat telur separuh masak ni utk breakfast. Didihkan air dulu dlm periuk then baru masukkan telur.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.