Kenduri Sambut Menantu Sepupu

Dah masuk Oktober tapi cerita September masih belum selesai. Banyak betul ye cerita yang nak diceritakan dalam blog ni. Bila adsense dah lulus takdela kena panjang berjela sangat nak mengarang.

Antara tips nak cepat lulus adsense kena tulis at least 1000 patah perkataan. Memang jenuh fikir ayat apa nak ditulis. Bila dah lulus kita cuba la tulis yang ringkas dan orang mudah nak baca.

Berbalik kepada cerita September ni pada 28 hari bulan yang lepas Cie menghadiri kenduri menyambut menantu sepupu Cie yang bernikah pada awal September dan kenduri belah perempuan juga dibuat awal September. Belah lelaki dibuat pada 28 September.

Sepupu Cie ni anak kepada Pak Itam. Pak Itam adik kepada mak. Mereka adik beradik sebapa. Ibu je yang berlainan. Kalau dari segi keturunan tu mereka adik beradik kandung sebab sama bapa. Cuma berbeza ibu je. 

Cie takdela rapat dengan sepupu ni. Dia muda dari Cie. Cuma biasa dengan kakak sulung pengantin je. Nak dijadikan cerita sepupu lelaki Cie ni berkawan dengan suami Cie, Faiz. Memang selalu lepak sama tapi tak tau pun bersaudara.

Masa tau tu mereka nak sewa kanopi, kerusi, meja yang Cie buat bisnes dulu. Lama dah rasanya 7-8 tahun dulu. Mereka pick up barang nak sewa tu kat rumah ayah Cie. Patut la katanya macam pernah datang rumah tu masa mereka kecik cuma ingat-ingat lupa. Lepas tu mereka cerita la kat mak mereka iaitu Mak Itam. Lah Mak Itam kata bukan orang lain la. Kat situ la baru tau bersaudara.

Faiz kenal sepupu ni pun daripada kawan Faiz yang kawan dengan sepupu Cie tu. Sepupu-sepupu Cie ada 3-4 orang main motorcross sekali dengan kawan Faiz. Mereka kenal kawan atas kawan jela. Dari situlah berkawan. 

Cie pun tak perasan pun tu sepupu. Sebab jumpa masa kecik-kecik mana nak ingat dah. Sejak besar jarang jumpa. Kiranya anak Pak Itam dan Mak Itam la yang berkahwin baru-baru ni dan mereka buat kenduri sambut menantu sekali dengan majlis akikah pada 28 September hari tu.

Semua menu kenduri di masak sendiri oleh keluarga pengantin lelaki. Menu masakan kampung yang jarang dah ada kat kenduri kahwin ni.

Menu kenduri

Cie pun dah ingat-ingat lupa dah menu apa. Lama peram cerita. Haaha. Ada ambil gambar boleh la recall.

Hidangan kenduri kahwin

Aiskrim malaysia

  • Nasi putih
  • Gulai daging lembu
  • Ayam masak merah
  • Umbut (tak sure masak apa kerabu kot)
  • Kerabu pucuk paku
  • Ulaman
  • Aneka sambal
  • Ubi kayu rebus
  • Laksa
  • Aiskrim malaysia
  • Dadih
  • Air hijau dan air sirap
  • Tembikai

Family pengantin pun sempoi je takde baju sedondon. Memasing ada pakai baju rewang je. Memang 100% semua merewang je. Meriah sangat ramai orang. 

Hadir kenduri kahwin

Bergambar bersama pengantin

Lepas bergambar-gambar kami gerak balik. Ada juga jumpa sepupu, makcik, pakcik. Takde begambar banyak sangat.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Salam singah, wah..meriah ni majlis..alhamdulillah..makan pun semua masuk tekak tu Cie..tengok gambar duble trabel tengok..biar betul rupanya disebalik..tak apa kita hormati niat dan cara..difahami..

    BalasPadam
  2. Teringat sambut menantu dulu..ala kadar ja..tupun ramai juga datang adik beradik dan keluarga dekat..

    BalasPadam
  3. Kerabu pucuk paku pun ada ye?. Sedapnya.
    Ttg adsense tu, baru tau kena 1000 patah perkataan. I belasah je, mmg suka merapu, kdg terlebih dari 1K agaknya 😅.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.