Tarikh: 15 November 2025
Masa: 8.15pm - 11.00pm
Tempat: Lipis Plaza Hotel
Tema: Melayu Klasik
Alhamdulillah selesai dah Annual Dinner Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis untuk tahun ini.
Tema Majlis Makan Malam 2025
Tema asal dinner ni kami pilih rock semasa sesi undian awal tahun hari tu. Tapi tukar tema sebab nak surprise sambutan majlis persaraan salah seorang staf jabatan Cie. Tu yang tukar tema Melayu Klasik. Staf Cie akan bersara pada Januari 2026. Dah alang-alang buat dinner terus sekali buat majlis untuk beliau.
Majlis Makan Malam atau Annual Dinner menjadi Majlis Santapan Tahunan supaya kena dengan tema Melayu Klasik tu.
Meriah semua sporting ikut tema yang telah dipilih. Waktu dinner ni la nak tengok staf JDS bergaya. Selalunya mereka pakai uniform je. Cie pulak mereka dah biasa tengok Cie pakai baju macam ni. Baju dinner Cie ni pun ada dramanya sebelum malam kejadian. Pilihan terakhir ni la baru sesuai. Terasa cantik sangat diri sendiri. Hahaha.
Faiz nampak Cie bersiap dia cakap ‘macam nak nikah’. Anak-anak pulak nampak ibu ‘macam cikgu nak bersara’. Cikgu nak bersara selalu tema gitu katanya. Apa-apa jela janji i rasa terpaling cantik. Haahha
Cie upload gambar kat Facebook Album Facebook Majlis Santapan Tahunan 2025
Ada yang datang single, ada yang bawak family. Alhamdulillah tahun ni cukup corum 17 orang staf JDS dapat hadir.
Hadiah Dinner Untuk Cabutan Bertuah
Setiap kali Majlis Makan Malam memang ada hadiah. Semua orang akan balik dengan hadiah. Sebelum-sebelum ni kami buat games. Jadinya banyak la hadiah. Tahun ni tukar sikit tak buat games.
Tahun ni untuk hadiah kami collect duit setiap orang RM50. Mereka decide untuk serahkan duit saja. Berbeza dengan tahun lepas kita tetapkan harga dan masing-masing kena beli.
Mulanya nak suruh AJK Hadiah belikan. Tapi biasa la nanti banyak bunyi yang lain tu. Hadiah tak best la, hadiah tak elok la. Tu yang Cie decide biar Cie tukang klik order. 14 hadiah tu semua Cie beli kat Shopee. Nanti Cie cerita kat entri lain. Suka tak suka mereka kena terima seadanya. Hahaha.
Ada 3 orang je yang mereka nak beli sendiri. Ada 2 toto dan 1 cooler box. Cie banyak beli barangan rumah so berguna la untuk semua orang.
Cabutan nama bagi semua hadiah tu Cie guna Wheels Of Name. Setiap hadiah AJK hadiah tampal nombor. Nama Cie naik cabutan yang ketiga. Cie dapat blender.
Untuk doorgift kenangan dinner kami sediakan mangkuk tingkat. Kena la dengan tema melayu klasik. Pada mangkuk tingkat tu printed Annual Dinner JDS 2025.
Dekorasi Pentas
Bahagian dekorasi ada AJK jugak seramai 4 orang. Hari Sabtu tu Cie turun jugak bantu apa yang patut dan seorang staf Cie yang memang pakar deco pun datang untuk bantu-bantu. Maka terhasil la deko pentas yang mengikut tema.
Majlis Persaraan Staf
Bulan 1 2026 super senior JDS akan bersara. So malam dinner tu kita sekalikan sambutan tanpa pengetahuan tuan punya badan. Jenuh sorok hadiah, sorok video ucapan dari setiap orang. Malam dinner tu baru la kita play 2 video untuk Kak Jah kesayangan semua.
Cie yang edit video pun sebak. Tapi Kak Jah tersenyum lebar je tengok ucapan dari adik-adik dan anak-anak JDS ni. Dah 30 perkhidmatan memang banyak suka duka bersama. Cie dah 13 tahun kerja bersama Kak Jah.
Menu Dinner
Menu yang kami dah pilih tu mengikut tema asal iaitu rock. Tema je tukar tapi menu dah malas nak tukar jadinya boleh jela pakai baju melayu klasik tapi makan menu western.
Menu order sekali pakej dewan: Spageti Aglio Olio, Cheezy Wedges, Garden Salad + Dressing, Buah Tembikai, Air Kordial Sejuk. Hotel ambil RM25 per pax. Kami order 30 pax je. Sewa dewan besar RM300.
Menu masak sendiri: Kambing & Ayam BBQ + Blackpepper Mushroom Sauce, Coleslaw, Aneka Kek, Buko.
Sponsor: Sate Ayam, Sate Daging, Nasi Impit.
Hotel tu tak buat kambing dan ayam BBQ tu yang kami masak sendiri dan mereka benarkan. Siap tambah meja pulak sebab mereka set up untuk 30 je. Kami ada 40 orang.
Dah selalu buat kat situ. Jadinya mereka dah biasa dengan kami. Memang senang berurusan dengan pihak hotel tu.
Meja buffet pun mereka perlu tambah jugak. Banyak sangat menu sampai tak habis. Semua bungkus bawak balik je. Cie pulak makan sikit je sebab sibuk nak jaga floor majlis.
Anugerah Yang Disampaikan
Best Staff Of The Year: Muhammad Hafiz Yacob
King Of The Night: Ismail bin Tukiron
Queen Of The Night: Khadijah binti Sulaiman
Zero MC dari 1/1/2025-31/10/2025: Rosminah, Nurul Amirah dan Ismail.
Tahun ni Cie buat anugerah baru iaitu anugerah zero MC yang Cie ambil kira rekod dari 1 Januari hingga 31 Oktober. Ada 3 orang yang tak pernah mengambil cuti sakit. Cie pun ada cuti sakit hari tu jatuh terpeleot terseliuh kaki. Jadi tak layak. Hihi.
Best staff of the year Cie buat undian kat google form untuk staf jela. Cie ada letak kriteria so mereka kena pilih la yang paling layak.
King dan queen of the night pulak kami bagi kertas undian untuk semua pilih la siapa yang mereka rasa mengikut tema. Sengit semuanya mengikut tema. Cie share kat Facebook gambar pemenangnya.
Majlis Berjalan Lancar
Selesai dah untuk tahun ni. Baru je habis dinner hari tu, belum keluar hall duk pakat fikir dah tema tahun depan. InsyaAllah panjang umur, murah rezeki kita jumpa tahun depan.
Kita nak seronok-seronok setelah penat lelah bekerja. Sekali sekala buat event macam ni hilang penat bekerja. Penat buat event jela. Deco dan masak sendiri. Edit 5 video pun penat. Hahaha. Cie edit 5 video untuk tayangan malam dinner tu. Yang penting kerjasama.
Terima kasih semua AJK yang bertungkus lumus dari mula sampai akhir. Yang menyumbang duit, tenaga dan semuanya la. Alhamdulillah selesai dah.












2 Ulasan
Kalau melayu klasik mmg senang je.. jgn bollywood ke atau yg susah2 sikit sbb tpksa sewa costume bagai.. bestnya hadiah
BalasPadamBerlangsung dengan jayanya alhamdulillah. Seronok bila pilih tema yg semua org senang nak gayakan. Cantiklah mangkuk tingkat tu. Berkenan.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.