Tengok Rangga & Cinta di TGV Ampang Point

Sabtu minggu lepas Cie memang plan nak tengok wayang. Dari awal lagi Cie dah teringin nak layan Rangga & Cinta, remake kepada filem legend Ada Apa Dengan Cinta. Cerita tahun 2002 masa Cie belajar di Poli JB lagi. Memang layan Ada Apa Dengan Cinta tu siap ada CD.

Rangga & cinta

Check tiket kat GSC Melawati Mall, langsung tak ada tayangan. Frust juga sebab dah sampai situ. Target nak tengok cerita tu so malas la layan cerita lain.

Cie pun google kat mana ada tayangan Rangga & Cinta. Rupanya ada kat TGV je dan tak semua TGV ada tayang cerita ni. Hanya ada di Ampang Point. Kami memang tak pernah ke Ampang Point tu.

Lepas makan, kami pun decide untuk ke Ampang Point. Kalau tengok kat web TGV tu tayangan pukul 3.15 petang je. So terus la ke Ampang Point, selepas dah shopping dan makan di Melawati Mall.

Sampai TGV, terus pergi ke mesin tiket. Semua wayang sekarang dah senang beli tiket self service je. Tekan je skrin, pilih showtime 3.15 petang, bayar dan settle dapat tiket. Sekali jalan terus beli set popcorn dan air, benda wajib sebelum masuk wayang. Total semua sekali RM77 untuk 3 tiket dewasa, 1 tiket kanak-kanak dan combo popcorn.

Mesin tiket tgv ampang point

Resit tiket tgv ampang point

Masuk dalam wayang, macam biasa showtime 3.15 tapi cerita bermula rasanya lebih kurang 3.30 petang juga. Berderet iklan dan trailer. Layan popcorn dulu la sebelum cerita bermula. Bagi Cie popcorn GSC lagi sedap.

Popcorn tgv ampang point

tgv ampang point

Bila cerita Rangga & Cinta bermula, memang throwback habis la walaupun pelakon berbeza. Jalan cerita sama macam versi asal Ada Apa Dengan Cinta dulu. Ada lagu, puisi.

Cuma pada pandangan Cie, tak boleh lawan cerita asal Ada Apa Dengan Cinta tu la. Maybe sebab pelakon kot. Cuma dapat la mengenang memory tahun 2022 tengok cerita tu.

Puisi Rangga

Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera?
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sekarang beli tiket guna mesin dah ye. Nampak sangat lama tak tengoka wayang. Bertahun dah. Tak ramai dalam pawagam tu. Puisi Rangga tu memang legend lah. Ingat-ingat lupa jalan cerita dia.

    BalasPadam
  2. lama akak x tengok wayang...takpe nanti x lama lagi citer ni mesti masuk Netflix...kan?

    BalasPadam
  3. Mana boleh lawan pelakon dulu kan, best je. Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo.

    BalasPadam
  4. Lamanyaa tak tengok wayang. Btw tahniah sebab menang GA. Nanti saya akan contact ye <3

    https://www.littlemilyyshop.com/2025/12/pemenang-giveaway-kembali-aktif-lms-x.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.