Masuk je ke 7E Cafe tu Iced Caramel Latte memanggil pulak. Lagipun pagi ni tak hujan so boleh la minum ice. Cie sebenarnya tak minum sangat air panas. 7E Cafe punya hot tak hot jugak, suam pun tak. Jadi tak sedap. Better ice la.
Selasa baru ni Cie beli Hot Caramel Latte. Tapi tu la tak hot mahupun warm. Biasa je bila minum tak berapa sedap la tekak dah biasa minum ice je.
Tu yang pagi ni beli Iced Caramel Latte dan Curry Puff. Bulan ni masih ada promo so dapat beli ICL hanya RM4. Curry Puff RM2.90.
Sejak kena muntah-muntah hari tu Cie buat IF 12-13 jam je. Sebelum ni dah bertahun buat IF 17 jam. 20-21 jam pun pernah jugak. Entahla kenapa kali ni tak boleh.
Baru-baru ni Cie saja try tak makan apa-apa, terus jadi macam ada angin nak sendawa je. Cie pun makan jela roti memang ada je standby. Hari kerja nak makan berat pun macam tak boleh masuk takde selera.
Dulu-dulu sebelum buat IF pun memang sejenis tak sarapan berat hari kerja. Paling pun Cie minum protein shake je macam ESP dan Cinch Shake Shaklee. Lama dah tak minum shake for breakfast ni.
Walaupun dah jadi rutin ada masa kena ubah-ubah juga seiring dengan usia. IF ni banyak manfaat cuma dah tak boleh nak banyak jam. Cukup sekadar 13-14 jam je.




7 Ulasan
ooo harga karipap masih sama ya... sy ingatkan dah naik harga...
BalasPadamNampak karipap ni teringat karipap kat Food Court Alamanda tu. Pastu minum dengan Teh O Panas pun dah sedap.
BalasPadamtk pernh bli curry puff 7e
BalasPadamMasya-Allah, lamanya Cie IF selama ini, sampai 17 jam. Betul, kena sesuaikan dengan badan seriring usia.
BalasPadamramaikan org IF. saya entah bila nk start.. makan je kejenya
BalasPadamSeronok tgk org boleh IF. Cuya kalau tidur ajer boleh ler IF hahaha
BalasPadamKena mula diet gak ni
lama tak IF. sekarang ni macam mudah masuk angin kalau lambat sarapan
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.