Ikan Siakap Masak Lemak

27 November yang lepas buat pertama kali Cie masak Siakap Masak Lemak tapi Cie goreng dulu ikan siakap tu. Selalunya siakap ni Cie masak steam atau Siakap Goreng Sos Thai je.


Saja jela macam teringin nak makan masak lemak pulak. Ada orang kata ikan masak lemak lagi sedap kalau goreng dulu. Tu yang nak try. Cie pun goreng la dulu ikan siakap tu. Macam biasa lumur garam dan serbuk kunyit lepas tu goreng je.

Buat kuah lemak tu ikut citarasa dan style sendiri. Cie letak jugak daun kesum. Masak lemak letak daun kesum memang sedap. Tak kisah masak lemak apa pun. Cie dulu Kak Long Cie la ajar. Dia kata letak daun kesum dalam masak lemak sedap. Cie pun try buat memang sedap.

Cie tak share la resipi Siakap Masak Lemak ni ye semua orang pandai buat kan. Cuma nak cerita jela buat pertama kali nya Cie masak lemak goreng dulu ikan tu memang sedap. 


Kalau korang belum pernah buat lagi nanti try la memang sedap. Lagipun kalau goreng dulu takdela isi ikan tu hancur masa kita masak kuah tu. 

Ni la hidangan dinner Cie hari tu. Cie masak Siakap Masak Lemak, Telur Dadar, Kobis Panjang Goreng, Sambal Hitam, Jambu Batu. Sambal Hitam mentah tu ye bukan jenis bergoreng. Kalau menu masak lemak memang ngam dengan Sambal Hitam mentah tu.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. wahh mcm menarik la cara masakan tu...MZ kalau siakap, MZ hanya reti steam or masak merah/pedas ajer

    BalasPadam
  2. Ok..Set..Nnt dh ready nk masak sy try =D

    BalasPadam
  3. tk pernah masak lemak guna ikan siakap..biasa bakar , stim , sweet sour or 3 rasa

    BalasPadam
  4. 1st time tengok siakap masak lemak kuning, selalunya siakap masak stim, masak asam.. terliur la pulak..

    BalasPadam
  5. Aah Cie, kak ana pun goreng dahulu sebelum masak lemak sebab tak nak isi ikan hancur kan :)

    BalasPadam
  6. Jarang2 masak lemak ikan siakap ni kan tp npk menarikk utk dicuba
    Biasaaa menu siakap mesti 3 rasa atau stim

    BalasPadam
  7. sekali sekala buat masak lemak..sedap juga

    BalasPadam
  8. Cuya biasa masak ayam masak lemak je. Menarik untuk dicuba

    BalasPadam
  9. Sedapnya tengok. 😋 Tukar angin ye, biasa siakap kukus atau sos thai.

    BalasPadam
  10. Ikan siakap ni selalu masak 3 rasa. Itu je la masakannya. Boleh try masak lemak pulak.

    BalasPadam
  11. Akk kalau tilapia masak lemak goreng dulu dlm air fryer then buat kuah tuang atasnya. Kalau siakap ni anak2 suka goreng, bakar atau kukus. Masak lemak diorg tak berapa. Tapi akk suka je, sedap.

    BalasPadam
  12. Naniey buat masak santan. Lebih kurang je rasanya macam masak lemak ni. Cuma masak santan tu lagi pekat likat kuahnya..

    BalasPadam
  13. ikan siakap ni isi lembut memang sedap buat masak camni

    BalasPadam
  14. Sedapnya...akak x pernah goreng lagi ikan MLCA...sekadar cadangan next nanti cuba letak daun kunyit dan serai plak cie..pun sedap...gandingkan dengan sambal belacan atau ikan masin goreng...dapnyaaaaa

    BalasPadam
  15. lauk ni pernah jadi lauk kenduri rumah sy dulu... kami campurkan dgn belimbing buluh dan tambah sikit daun kesum... fuhhh semerbak 1 dapur...

    BalasPadam
  16. oh belum pernah pulak ammi letak daun kesum dalam masak lemak..bolehlah dicuba lain kali. bab guna ikan goreng dlm masak lemak mmg sedap. campur cendawan tiram pun sedap juga

    BalasPadam
  17. saya suka ikan siakap! bila tgok jadi masak lemak ni, nampak sedap gakk

    BalasPadam
  18. Kalau CCL menu siakap nii .. 3 rasa, buat bakar atau stim limau

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.