Kopi Sawah: Singgah Minum Kopi Dengan Pemandangan Sawah Padi

Belum habis lagi kisah percutian di Selangor masa cuti Krismas hari tu. Kita sambung jela walaupun dah masuk tahun baru. 

Baru-baru ni Cie sempat singgah ke Kopi Sawah di Sekinchan, satu port minum kopi yang cukup tenang dan simple, dikelilingi suasana sawah padi yang hijau terbentang. Terus rasa lain macam bila minum kopi sambil angin sepoi-sepoi dan view kampung yang menenangkan.





Suasana & Konsep Kopi Sawah

Apa yang buat Kopi Sawah ni menarik tentulah lokasinya yang menghadap sawah padi. Suasana sangat santai, sesuai untuk lepas penat, borak dengan kawan-kawan, keluarga atau sekadar nak ambil gambar.




Konsep kedai pun ringkas dan bersahaja. Tak terlalu fancy, tapi itulah yang buat rasa selesa. Rekabentuk sedikit moden.


Kami datang tu Jumaat 26 Disember sekitar pukul 11.55am. Memang matahari terpacak. Waktu tu saja yang kami ada. Tak ramai pelanggan sewaktu kami datang. Tak penuh la semua meja yang ada.

Menu Minuman & Makanan

Untuk menu, Kopi Sawah menawarkan pilihan minuman kopi dan bukan kopi yang sesuai untuk semua.

Makanan yang ringan-ringan sahaja sesuai la untuk bersantai sambil menikmati pemandangan sawah padi.




Cara Pesanan Makanan & Minuman

Pesanan boleh dibuat di kaunter. Pesanan makanan dan minuman sekali di situ. Mereka akan berikan nombor. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja kita.


Cie order sikit je nak buat rasa-rasa vibes mengopi di tepi sawah padi. Asalkan jejak kaki je. Kenyang pagi tu makan Nasi Lemak di Syurga Nasi Lemak. Mulanya nak order frappe. Rupanya takde walaupun kat menu ada.

Kami order:

Kek Batik Indulgence ni ambil kat chiller dan terus bayar di kaunter



Pengalaman Ringkas Kami Di Kopi Sawah

Service agak slow jugak la. Kami siap order 12.02pm, Cheese Fries sampai 12.10pm. 12.22pm baru la air pulak sampai. 20 minit tu bagi Cie lama la sebab air je pun kan. 

Kopi sawah tu air kopi diletakkan susu segar. Lemonade soda manggo tu sedap. Kek batik pun sedap. Cheesy fries tu biasa la fries letak cheese sauce dan mayonis. Air order 3 je takut tak habis. Memang tak habis pun bawak balik Kopi Sawah tu.

Tandas juga ada disediakan. Cuma masa Cie datang tu sedikit kotor. Tandasnya luas ada 1 je. Ada 1 area yang sedang dalam pembangunan. Maybe ada tambahan port melepak juga.

Idea dan konsep owner ni menarik. Digabungkan elemen moden sesuai la dengan keadaan terkini.

Bagi Cie, singgah ke Kopi Sawah ni bukan sekadar minum kopi, tapi pengalaman menikmati suasana. Kadang-kadang benda simple macam ni yang buat kita rasa lebih tenang dan recharge semula.





Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Bestnyaa healing tepi sawah ! 😍

    BalasPadam
  2. ni tempat2 viral kan. okayla sambil mengopi boleh healing2 tgok sawah. rasanya tk ramai orang sbb nak dkt waktu solat jumaat tu

    BalasPadam
  3. Lama juga nak buat air, 20 minit. Tapi suasana tu cantik, ngopi di sawah padi.

    BalasPadam
  4. Ngopi macam ni syok...! Pemandangan jauh mata memandang!

    BalasPadam
  5. Aduhai suka sekali lah saya tengok..dekat sawah minum kopi..ada pula tempat santai ayunan bagainya..rajin pemiliknya hiaskan..

    BalasPadam
  6. View kat kopi sawah ni memang cantik . Tempat pun tenang , tapi ramai orang .. CCL singgah hri tu pun memang penuh so tak ada rezeki la nak cuba rasa makanan dan minuman kat sana ..rushing kejar masa ..

    BalasPadam
  7. Nanti free2 bleh pegi la sekinchan ni..Tp make sure waktu tu waktu padi ada =)

    BalasPadam
  8. tempat tempat santai macam ni Kak SA suka...tenang aje kan

    BalasPadam
  9. Skr nih makin banyak cafe yg konsepnya alam kan. Menghadap sawah, menghadap danau, laut bahkan hutan. Saya sukaaaa, serasa healing lah 🤣. Yg tinggal di kota besar pasti paham, sebab hari2 hanya lihat gedung 😄.

    Tp 20 menit serve hidangan, cuma minum pula, memang terhitung lama lah

    BalasPadam
  10. Rasa pernah lalu tempat ni.. masa tu ramai sangat orang. Tak jadi lah nak benti.
    Sekarang mungkin dah ok kot tak seramai sebelum ni.

    BalasPadam
  11. Ala.. Lama sangat tu untuk air.. Tapi macam menarik nak cuba kopi dia..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.