Tahap kemalasan nak masak tu Cie beli makanan 7E je petang semalam untuk sarapan dan lunch Cie dan adik Rania. Malas nak keluar hari ni. Pukul 6 tadi Faiz balik. Jadinya lepas Maghrib keluar la dinner. Kakak Raisha berbuka minum air jela dulu tadi.
Mulanya nak makan di Abe Joe Cafe. Cie dah terbayang Kerabu Perut kat situ sedap. Anak-anak pulak nak makan Tomyam dan Nasi Putih. Sampai je kat area kedai tu gelap gelita je tutup rupanya. Terus jela ke Restoran Boys Bandar Baru. Lama jugak tak makan kat situ.
Kami sampai je tak ramai orang so ok la takdela lama nak menunggu. Kami terus order jela kesian kakak Raisha dah lapar. Cie dan kakak Raisha order Teh O Ais, adik Rania order Laici Ais dan babahnya order air suam je.
Makanan pulak kami order Nasi Putih 3, Tomyam Campur, Telur Dadar, Kerabu Perut dan Nasi Goreng Daging untuk Faiz. Faiz order jugak keropok goreng. Kat rumah pun keropok, kat kedai pun mesti ada keropok.
Kakak Raisha bertambah makan. Cie tak habis nasi banyak memang bagi ke anak-anak jela. Adik Rania jela tak tambah makan. Alhamdulillah kenyang. Siap makan terus Faiz ajak ke Watson, sempat menyinggah Ninso jugak.







7 Ulasan
Kalau keluar awal, memang banyak tempat menyinggah..hihihi
BalasPadamBetul lah. Cepatnya masa.
BalasPadamSetakat ni kami belum ke mana2 tempat makan ..semua hanya mahu makan dalam rumah sendiri suri hati pun rajin dia masak pula..hehehe .
BalasPadamSelamat menjamu selera ya..banyak tempat makan kat sana kan di Lipis Pahang..
BalasPadamKalau order tomyam ..mesti kena ada telur dadar sekali ..barulah perfect
BalasPadamLauk wajib order ni, kalau ke kedai tomyam. Tomyam dan telur dadar, ada keropok lagi ngam. 😋
BalasPadamalhamdulillah, nampak sedap2 jer mknn tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.