Makan Malam Di Restoran Boys

Cepatnya masa berlalu dah 3 Januari hari ni. Rasa macam baru je masuk 1 Januari. Hari ni seharian mereput je di rumah. Faiz ada program di Jengka. Semalam dah dia pergi. Takdela keluar beli barang dapur. Kakak Raisha pun masih puasa hari ni.

Tahap kemalasan nak masak tu Cie beli makanan 7E je petang semalam untuk sarapan dan lunch Cie dan adik Rania. Malas nak keluar hari ni. Pukul 6 tadi Faiz balik. Jadinya lepas Maghrib keluar la dinner. Kakak Raisha berbuka minum air jela dulu tadi.

Mulanya nak makan di Abe Joe Cafe. Cie dah terbayang Kerabu Perut kat situ sedap. Anak-anak pulak nak makan Tomyam dan Nasi Putih. Sampai je kat area kedai tu gelap gelita je tutup rupanya. Terus jela ke Restoran Boys Bandar Baru. Lama jugak tak makan kat situ.


Kami sampai je tak ramai orang so ok la takdela lama nak menunggu. Kami terus order jela kesian kakak Raisha dah lapar. Cie dan kakak Raisha order Teh O Ais, adik Rania order Laici Ais dan babahnya order air suam je.


Makanan pulak kami order Nasi Putih 3, Tomyam Campur, Telur Dadar, Kerabu Perut dan Nasi Goreng Daging untuk Faiz. Faiz order jugak keropok goreng. Kat rumah pun keropok, kat kedai pun mesti ada keropok.






Kakak Raisha bertambah makan. Cie tak habis nasi banyak memang bagi ke anak-anak jela. Adik Rania jela tak tambah makan. Alhamdulillah kenyang. Siap makan terus Faiz ajak ke Watson, sempat menyinggah Ninso jugak.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Kalau keluar awal, memang banyak tempat menyinggah..hihihi

    BalasPadam
  2. Setakat ni kami belum ke mana2 tempat makan ..semua hanya mahu makan dalam rumah sendiri suri hati pun rajin dia masak pula..hehehe .

    BalasPadam
  3. Selamat menjamu selera ya..banyak tempat makan kat sana kan di Lipis Pahang..

    BalasPadam
  4. Kalau order tomyam ..mesti kena ada telur dadar sekali ..barulah perfect

    BalasPadam
  5. Lauk wajib order ni, kalau ke kedai tomyam. Tomyam dan telur dadar, ada keropok lagi ngam. 😋

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, nampak sedap2 jer mknn tu

    BalasPadam
  7. Apabila puasa memang banyak makan ketika berbuka.
    Nasib baik ada Kakak Raisha habiskan nasi.

    BalasPadam
  8. Rasanya tahun ni bakal berjalan dengan cepatnya kan..masa akak komen ni dh 5hb dah...

    BalasPadam
  9. Haduuuuh terbayang rasa kerabu perut itu kak. Langsung naik selera makan 😄😍. Tomyam memang cocok lah dimakan dengan telur dadar dan kerabu ini 😍😍

    BalasPadam
  10. Alamakkkk.. sedap tu kerabu perut.
    Style sana banyak kuahnya.

    BalasPadam
  11. Keluar awal, orang pun tak ramai lagi kan.. Tenang je lah nak order dan makan.. Lepas tu bolehlah menyinggah ke tempat lain..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.