Belum habis lagi kisah percutian di Selangor masa cuti Krismas hari tu. Kita sambung jela walaupun dah masuk tahun baru.
Baru-baru ni Cie sempat singgah ke Kopi Sawah di Sekinchan, satu port minum kopi yang cukup tenang dan simple, dikelilingi suasana sawah padi yang hijau terbentang. Terus rasa lain macam bila minum kopi sambil angin sepoi-sepoi dan view kampung yang menenangkan.
Suasana & Konsep Kopi Sawah
Apa yang buat Kopi Sawah ni menarik tentulah lokasinya yang menghadap sawah padi. Suasana sangat santai, sesuai untuk lepas penat, borak dengan kawan-kawan, keluarga atau sekadar nak ambil gambar.
Konsep kedai pun ringkas dan bersahaja. Tak terlalu fancy, tapi itulah yang buat rasa selesa. Rekabentuk sedikit moden.
Kami datang tu Jumaat 26 Disember sekitar pukul 11.55am. Memang matahari terpacak. Waktu tu saja yang kami ada. Tak ramai pelanggan sewaktu kami datang. Tak penuh la semua meja yang ada.
Menu Minuman & Makanan
Untuk menu, Kopi Sawah menawarkan pilihan minuman kopi dan bukan kopi yang sesuai untuk semua.
Makanan yang ringan-ringan sahaja sesuai la untuk bersantai sambil menikmati pemandangan sawah padi.
Cara Pesanan Makanan & Minuman
Pesanan boleh dibuat di kaunter. Pesanan makanan dan minuman sekali di situ. Mereka akan berikan nombor. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja kita.
Cie order sikit je nak buat rasa-rasa vibes mengopi di tepi sawah padi. Asalkan jejak kaki je. Kenyang pagi tu makan Nasi Lemak di Syurga Nasi Lemak. Mulanya nak order frappe. Rupanya takde walaupun kat menu ada.
Kami order:
Kek Batik Indulgence ni ambil kat chiller dan terus bayar di kaunter
Pengalaman Ringkas Kami Di Kopi Sawah
Service agak slow jugak la. Kami siap order 12.02pm, Cheese Fries sampai 12.10pm. 12.22pm baru la air pulak sampai. 20 minit tu bagi Cie lama la sebab air je pun kan.
Kopi sawah tu air kopi diletakkan susu segar. Lemonade soda manggo tu sedap. Kek batik pun sedap. Cheesy fries tu biasa la fries letak cheese sauce dan mayonis. Air order 3 je takut tak habis. Memang tak habis pun bawak balik Kopi Sawah tu.
Tandas juga ada disediakan. Cuma masa Cie datang tu sedikit kotor. Tandasnya luas ada 1 je. Ada 1 area yang sedang dalam pembangunan. Maybe ada tambahan port melepak juga.
Idea dan konsep owner ni menarik. Digabungkan elemen moden sesuai la dengan keadaan terkini.
Bagi Cie, singgah ke Kopi Sawah ni bukan sekadar minum kopi, tapi pengalaman menikmati suasana. Kadang-kadang benda simple macam ni yang buat kita rasa lebih tenang dan recharge semula.







15 Ulasan
Selamat mengopi
BalasPadamBestnyaa healing tepi sawah ! 😍
BalasPadamni tempat2 viral kan. okayla sambil mengopi boleh healing2 tgok sawah. rasanya tk ramai orang sbb nak dkt waktu solat jumaat tu
BalasPadamKopi sawah sedappp...
BalasPadamLama juga nak buat air, 20 minit. Tapi suasana tu cantik, ngopi di sawah padi.
BalasPadamNgopi macam ni syok...! Pemandangan jauh mata memandang!
BalasPadamTenang ajer mengopi macam ni
BalasPadamAduhai suka sekali lah saya tengok..dekat sawah minum kopi..ada pula tempat santai ayunan bagainya..rajin pemiliknya hiaskan..
BalasPadamView kat kopi sawah ni memang cantik . Tempat pun tenang , tapi ramai orang .. CCL singgah hri tu pun memang penuh so tak ada rezeki la nak cuba rasa makanan dan minuman kat sana ..rushing kejar masa ..
BalasPadambest sgt dpt mkn2 santai2 giniiii
BalasPadamNanti free2 bleh pegi la sekinchan ni..Tp make sure waktu tu waktu padi ada =)
BalasPadamtempat tempat santai macam ni Kak SA suka...tenang aje kan
BalasPadamSkr nih makin banyak cafe yg konsepnya alam kan. Menghadap sawah, menghadap danau, laut bahkan hutan. Saya sukaaaa, serasa healing lah 🤣. Yg tinggal di kota besar pasti paham, sebab hari2 hanya lihat gedung 😄.
BalasPadamTp 20 menit serve hidangan, cuma minum pula, memang terhitung lama lah
Rasa pernah lalu tempat ni.. masa tu ramai sangat orang. Tak jadi lah nak benti.
BalasPadamSekarang mungkin dah ok kot tak seramai sebelum ni.
Ala.. Lama sangat tu untuk air.. Tapi macam menarik nak cuba kopi dia..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.