Awal Disember hari tu Cie teringin nak mencuba masak sendiri asam pedas tanpa menggunakan pes. Cie pun google resipi Asam Pedas Ayam. Laaaa baru tau rupanya senang je nak masak asam pedas. Beria selama ni beli pes. Masak sendiri lagi sedap dari pes.
Cie pun masak jela Asam Pedas Ayam. Ada daun kesum je, bendi takde. Anak-anak siap puji cakap sedapnya asam pedas ibu. Faiz siap menjilat jari ye makan asam pedas bini masak. Hahahah.
Anak-anak tak suka asam pedas sebenarnya. Mereka pernah makan Cie masak guna pes tu memang mereka tak suka. Adik Rania siap cakap taknak makan kalau ibu masak asam pedas. Cie pun masak la jugak telur dadar dan ikan masin.
Sekali bila dah makan siap bertambah-tambah nasi. Siap suruh ibu masak lagi lain kali. Nanti nak masak letak bendi pulak baru cukup lengkap asam pedas ada bendi kan.


7 Ulasan
okay, asam pedas tanpa pes ni lulus dimata anak2 akhirnya!
BalasPadamWahhh...Menarik menu ni..=D
BalasPadamnmpk sedap laaa...MZ tak reti masak asam pedas...
BalasPadamAaa.. memang Cie. Pes² asam pedas yg dijual tu kebanyakannya tak sedap. Masa sendiri lebih sedap follow jer resipi. Dia macam kita masak sambal jer, cuma tambah air dan jangan letak gula.
BalasPadamAsam pedas one of my favorite Cie.. Setiap minggu pasti ada asam pedas. Tengok pun tau sedap asam pedas Cie masak.. Kuah pekat yummy!
BalasPadamCuya kat rumah pon jarang masak asam pedas. Nama je org Melaka tpi kami makan asam pedas kedai luar. Heheh
BalasPadamLinda tak reti masak..guna pes je..hahaha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.