Sarapan Cuti Sekolah: Kuetiau Goreng

Hari kedua jadi makcik kantin. Pagi tadi masak Kuetiau Goreng je. Macam biasa takde kelihatan sayur-sayur dalam Kuetiau Goreng kita. Anak-anak sejenis tak makan sayur.

Sarapan kuetiau goreng

Malas dah nak potong timun dan potong cili. Semalam tak makan sangat. Cili potong tu kakak Raisha je makan. Adik Rania memang tak makan la pedas. Timun tu ikut mood mereka la. Kalau rasa nak makan baru la makan. Tu yang hari ni malas dah nak potong.

Telur mata goreng 2 biji je. Yang kuning tu Cie korek bawak bekal pergi kerja. 2 beradik tu tak makan kuning telur. Makan putih sahaja. 

Cie bawak jugak sikit bekal Kuetiau Goreng, letak timun, cili potong dan daun sup. Nanti dalam pukul 10 macam tu boleh la sarapan sambil buat kerja dan dapat la IF 14 jam.

Goreng keropok bawang dan keropok ikan jugak tadi. Buat stok senang anak-anak nak makan. Biasa la kalau duduk rumah sentiasa lapar je.

Keropok ikan

Keropok bawang

Siap masak terus bersiap pergi kerja. Cie masuk kerja flexi hour dari 7.30am hingga 9.00am boleh masuk. Kalau masuk 7.30am boleh balik 4.30pm as long cukup 9 jam termasuk waktu rehat. Cie selalunya akan masuk sebelum 7.30am. Tadi dalam 7.15am dah face scan.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. MZ dtg keje mcm biasa wpun cuti tp my razeen ikut dtg opis sbb my ariff pergi program anak angkat kat mempaga tu

    BalasPadam
  2. Kami tinggal berempat je di rumah, yg 2 org lagi tido rumah nenek so x buat sarapan, nanti pandai-pandailah kakaknya buatkan sarapan utk mereka berdua.. hihihi... sedap kueytiaw telur mata tu.. ingatkan cie dh cuti td sbb mula-mula ckp jd makcik kantin... hehehe

    BalasPadam
  3. lama tk goreng kuehtiaw..suka ltk kerang or daging

    BalasPadam
  4. ringkas je tapi nampak sedap.. biasa kalau kueteow saya suka kerang dan daging.. tabur daun sup dan lada jeruk

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ...rezeki anak anak cuti sekolah walau tak lama...zaman kita dulu cuti hujung tahun sebulan setengah🥰

    BalasPadam
  6. nasib baik makcik kantin rajin erk...hehehee....walau ringkas nampak sedap dan boleh makan berulang...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.