Malas dah nak potong timun dan potong cili. Semalam tak makan sangat. Cili potong tu kakak Raisha je makan. Adik Rania memang tak makan la pedas. Timun tu ikut mood mereka la. Kalau rasa nak makan baru la makan. Tu yang hari ni malas dah nak potong.
Telur mata goreng 2 biji je. Yang kuning tu Cie korek bawak bekal pergi kerja. 2 beradik tu tak makan kuning telur. Makan putih sahaja.
Cie bawak jugak sikit bekal Kuetiau Goreng, letak timun, cili potong dan daun sup. Nanti dalam pukul 10 macam tu boleh la sarapan sambil buat kerja dan dapat la IF 14 jam.
Goreng keropok bawang dan keropok ikan jugak tadi. Buat stok senang anak-anak nak makan. Biasa la kalau duduk rumah sentiasa lapar je.
Siap masak terus bersiap pergi kerja. Cie masuk kerja flexi hour dari 7.30am hingga 9.00am boleh masuk. Kalau masuk 7.30am boleh balik 4.30pm as long cukup 9 jam termasuk waktu rehat. Cie selalunya akan masuk sebelum 7.30am. Tadi dalam 7.15am dah face scan.

6 Ulasan
MZ dtg keje mcm biasa wpun cuti tp my razeen ikut dtg opis sbb my ariff pergi program anak angkat kat mempaga tu
BalasPadamKami tinggal berempat je di rumah, yg 2 org lagi tido rumah nenek so x buat sarapan, nanti pandai-pandailah kakaknya buatkan sarapan utk mereka berdua.. hihihi... sedap kueytiaw telur mata tu.. ingatkan cie dh cuti td sbb mula-mula ckp jd makcik kantin... hehehe
BalasPadamlama tk goreng kuehtiaw..suka ltk kerang or daging
BalasPadamringkas je tapi nampak sedap.. biasa kalau kueteow saya suka kerang dan daging.. tabur daun sup dan lada jeruk
BalasPadamAlhamdulillah ...rezeki anak anak cuti sekolah walau tak lama...zaman kita dulu cuti hujung tahun sebulan setengah🥰
BalasPadamnasib baik makcik kantin rajin erk...hehehee....walau ringkas nampak sedap dan boleh makan berulang...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.