Hari kedua jadi makcik kantin. Pagi tadi masak Kuetiau Goreng je. Macam biasa takde kelihatan sayur-sayur dalam Kuetiau Goreng kita. Anak-anak sejenis tak makan sayur.

Sarapan kuetiau goreng

Malas dah nak potong timun dan potong cili. Semalam tak makan sangat. Cili potong tu kakak Raisha je makan. Adik Rania memang tak makan la pedas. Timun tu ikut mood mereka la. Kalau rasa nak makan baru la makan. Tu yang hari ni malas dah nak potong.

Telur mata goreng 2 biji je. Yang kuning tu Cie korek bawak bekal pergi kerja. 2 beradik tu tak makan kuning telur. Makan putih sahaja. 

Cie bawak jugak sikit bekal Kuetiau Goreng, letak timun, cili potong dan daun sup. Nanti dalam pukul 10 macam tu boleh la sarapan sambil buat kerja dan dapat la IF 14 jam.

Goreng keropok bawang dan keropok ikan jugak tadi. Buat stok senang anak-anak nak makan. Biasa la kalau duduk rumah sentiasa lapar je.

Keropok ikan

Keropok bawang

Siap masak terus bersiap pergi kerja. Cie masuk kerja flexi hour dari 7.30am hingga 9.00am boleh masuk. Kalau masuk 7.30am boleh balik 4.30pm as long cukup 9 jam termasuk waktu rehat. Cie selalunya akan masuk sebelum 7.30am. Tadi dalam 7.15am dah face scan.