Keunikan Sate Pencawang ni ada Nasi Goreng Kampung Pucuk Paku. Kami order 1 je Nasi Goreng Kampung Pucuk Paku, Bihun Goreng untuk Faiz, Sate Ayam 30 cucuk dan Nasi Impit. Air semua minum air kosong je. Banyak dah minum manis sebelah siang.
Nasi goreng tu share je makan sikit sorang. Memang tak order satu sorang pun sebabnya nak makan Sate lagi. Plan utama memang nak makan Sate je tapi nak jugak nasi tu sebab sedap Nasi Goreng kat situ.
Licin semua 30 cucuk sate dikerjakan kami 4 beranak. Dah la makan lepas Isyak memang tak boleh tidur awal la perut penuh sangat. Siap makan Faiz nak bayar. Orang tu cakap dah ada orang bayar.
Alhamdulillah rezeki tahun baru kami. Lunch pun ada kawan Faiz bayar makan, dinner pun ada kawan Faiz jugak bayarkan. Kami sampai tu dia dah nak siap makan. Masa kawan Faiz ke kaunter bayar tu adik Rania nampak dah. Dia kata kawan babah tu macam tunjuk meja kami. Rupanya dia dah bayarkan.
Faiz whatsapp jela ucap terima kasih. Semoga murah rezeki kawan-kawan Faiz belanja kami anak beranak makan. Rezeki ni ada pelbagai cara kan. Alhamdulillah syukur.

14 Ulasan
Rezeki tahun baru...Alhamdulillah..mesti Faiz ni baik orangnya..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki Cie sekeluarga 🤲🏻
BalasPadamMesti Cie & suami pun rajin belanja kawan² kan ...
Ada kawan yg tunjuk2 meja kat kaunter ye. 😄. Alhamdulillah.. rupa-rupanya nak membelanja.
BalasPadamAlhamdulilah rezeki tidak dijangka
BalasPadamMemang rezeki ya kaaak 🤩🤩😄. Dari semuanya, saya paling tertarik lihat nasi goreng. Keliatan pun sedaap 🤩🤩🤩. Sate juga suka, tp memang LBH gemar nasi goreng kalau saya 😄
BalasPadamAlamakkkk...NG pucuk paku tu nampak sedap.
BalasPadamPasti husband Cie banyak buat kebaikan sehingga di mana² pun ada yang belanja.
Sedap tgk smua menu
BalasPadamMemang rezeki Cie anak beranak, ada orang yang tolong bayarkan. Mesti husband Cie jenis orang yang tak berkira, suka belanja kawan.
BalasPadamsemoga murah rezeki kawan husband kak cie. makan satay ni sorang 7 cucuk je dah kenyang kan
BalasPadamNak kata satu ja, SEDAPNYA..
BalasPadamSate ayam secucuk berapa tu
BalasPadamterliur sate la plakkkk
BalasPadamTeringin nak bawak PZ makan satay kat tempat satay best akak pernah share hari tu....itupun kalau dia nak..
BalasPadamAlhamdulillah.. Rezeki tahun baru..
BalasPadamMacam menarik pula dia bubuh pucuk paku dalam nasi goreng..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.