Pemenang Top Komentator Januari 2026 di Blog Roziah Muhammad Nor

Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan Januari 2026. Tak sangka dah 6 bulan segmen ini berjalan sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.

Blog tanpa komen terasa sunyi dan sebagai penulis, komen yang diberikan memberi semangat untuk terus menulis dan berkongsi. Sebab itu Cie wujudkan segmen ini untuk meraikan mereka yang paling aktif menyokong blog ini.

Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator, yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada pukul 9.05 malam.


Pemenang Top Komentator Januari 2026

Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan Januari 2026 ialah:

Blog: Drawing the Words pemilik blog bernama Cuya.

Kali kedua berturut-turut menjadi top komentator blog Cie. Sebelum ni bulan Disember 2025 pun Cuya dah menang. Untuk bulan Januari 2026 ni jumlah komen Cuya tersangat banyak ye setakat Cie screenshoot tu ada 86 komen. Gigih Cuya komen entri yang lama juga.



Tahniah sekali lagi kepada Cuya kerana menjadi Top Komentator Januari 2026. 

Oleh kerana alamat Cuya masih ada dalam simpanan so Cie akan poskan terus jela hadiahnya tu. 

Top Komentator Bulan Akan Datang

Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie.

Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama. 

Jadi, kalau anda belum pernah menang mungkin bulan depan rezeki anda pula. 

Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.

Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Februari 2026 pula selepas ini!


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Tu dia bukan biasa biasa top 10 pengomen bulan Jan 2026 di sini... Tahniah pd yg menang :D

    BalasPadam
  2. congrats cuya!!! byk betul tu komen2 cuya! selayaknya menang!

    BalasPadam
  3. Wah. Cuya julung kalinya menenag kan..tahniah..apabila ada usaha ..terus maintain..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.