Sarapan di Restoran Kuah ni sebab nak makan Capati je. Menu yang selalu Cie order kat situ. Tempat lain takde capati melainkan mamak. Cie tak makan kat kedai mamak.
Antara menu kami order tadi:
- Capati - Cie
- Nasi Goreng Ayam dan Air Suam - Faiz
- Maggi Goreng dan Teh o Ais - kakak Raisha
- Maggi Goreng, Roti Canai dan Teh O Ais - adik Rania
Air Cie tak order, share je dengan anak-anak. Selalunya tak habis air kat situ gelas panjang. Adik Rania makan 2 jenis banyak dari orang lain. Cie ambil la juga sikit Maggi Goreng tu.
Kuah tu tertumpah kat atas roti pekerja perempuan tu letak atas meja menyenget tu yang tumpah. Dia pulak letak piring kuah atas roti. Cie tak berkenan betul kedai Roti Canai
Kali ni bad service sikit kat Restoran Kuah ni. Cie dulu order Capati dari meja luar tu, tapi pekerja perempuan tu hantar kat meja tu dulu. Cie tanya kat pekerja lelaki tu baru la dia hantar semula. Makanan sampai lambat sikit sedangkan takde orang pun. Kami je yang dah order. Meja lain tu tengah makan dan ada dah siap.
Sebelum ni ok je service. Entahla kenapa hari ni nasib tak baik sikit kot. Takdela lambat sangat dalam 15-20 minit gitu la menunggu. Sebab sebelum ni cepat je tu yang Cie rasa hari ni lambat.
Siap makan terus gerak ke TF Valuemart nak beli barang dapur. Jarang-jarang pergi TF sebab nak beli banyak hari ni tu yang ke TF je.
Kat Lipis ni ada Dualathon 2026 orang mengayuh basikal dan berlari. Polis ada di merata-rata. Asyik kena tahan je mereka nak bagi laluan kepada orang berbasikal. Setiap simpang ada polis mengawal lalu lintas. Hari Sabtu pulak ramai orang keluar mencari lauk pauk di pasar.


18 Ulasan
kalau meja lain dapat dulu kita mula rasa aik? haha..
BalasPadambab kuah tertumpah atas roti bikin mood saya rosak tau cie sebab saya ni tak suka makan roti yang kembang. jenis makan cicah bukan makan roti banjir.
Begitulah kan, ada kalau nasib tak baik padahal selalu okey jer servis. Ni nanti mesti serik sekejap nak makan kat situ, hihi.
BalasPadamKedai yang kita pergi ni ada masanya kurang juga servisnya....kadang terlupa kita order apa....macam2 la.
BalasPadamAkak kalau meja yg baru sampai dapat dulu dari akak yg tunggu lama.mmg berangin la....tapi selalunya suami sabarkan hahahaha....
BalasPadamNIce...=)
BalasPadamselalu jugak macam tu, meja sebelah pulak dapat dulu. walhal kita sampai lebih awal
BalasPadamuishh.. pantang betul kalau nampak orang yang order kemudian dapat dulu... menyirap rasanya.
BalasPadamMeja tu dia pakai 'cable' kuat tu... sbb tu dapat dulu... hehe
BalasPadamSalam perkenalan. Done follow. Kadang-kadang memang terjadi orang yang order dulu dapat kemudian. Kalau masa sedang extra lapar, memang mengundang geram
BalasPadamHari tidak elok agaknya bagi pekerja perempuan itu. Serba tidak kena.
BalasPadamBab kuah tumpah ke roti, saya tak masalah. Tp kalau pesanan meja sebelah DTG dulu, sementara mereka baru sampai, memang nak ngajak ribut agaknya 🤣🤣.
BalasPadamPaling tak suka bila tunggu lama lepas tu orang yang datang kemudian tu dapat dulu sedangkan kita sampai dulu.
BalasPadamKat tempat Naniey Batu Caves dah mula jem teruk nak menyambut Thaipusan. Memang susah la nak ke kedai kat Selayang.
Dah pernah merasa makanan kita pergi bagi org lain, padahal kita lama tunggu ni.. sabar jelaa
BalasPadamKena pandu slow lah kan ada berbasikal..tak apa demi keselamatn..yang penting sampai dituju..dapat makan apa hajat..hati2 ya
BalasPadammknn nampak sedap tp kalau service tak maintain, tak besh jugak laaa
BalasPadamAduh!! Sha cukup tak suka kalau kita order dulu tapi orang lain yang dapat pula.. Bila servis lambat, memang tak best jadinya..
BalasPadamSusah nak jumpa kedai makan yang dapat maintain servis elok. Kena blacklist dulu kot, nanti tahun depan datang balik. Hehe...
BalasPadamAlamak .. kalau CCL dalam situasi macam ti ..memang jeling ker meka sebelah .. kita uh order duly ..meja lain pulak yg dapat ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.