Sarapan Pagi 24 Januari 2026 di Restoran Kuah

Gilir-gilir kedai je makan bila hujung minggu ni. Tak banyak kedai yang berkenan di hati yang kena dengan selera. Pagi ni bersarapan di Restoran Kuah sambil keluar nak beli barang dapur. Rutin hujung minggu.


Sarapan di Restoran Kuah ni sebab nak makan Capati je. Menu yang selalu Cie order kat situ. Tempat lain takde capati melainkan mamak. Cie tak makan kat kedai mamak. 

Antara menu kami order tadi:
  1. Capati - Cie
  2. Nasi Goreng Ayam dan Air Suam - Faiz
  3. Maggi Goreng dan Teh o Ais - kakak Raisha
  4. Maggi Goreng, Roti Canai dan Teh O Ais - adik Rania
Air Cie tak order, share je dengan anak-anak. Selalunya tak habis air kat situ gelas panjang. Adik Rania makan 2 jenis banyak dari orang lain. Cie ambil la juga sikit Maggi Goreng tu.





Kuah tu tertumpah kat atas roti pekerja perempuan tu letak atas meja menyenget tu yang tumpah. Dia pulak letak piring kuah atas roti. Cie tak berkenan betul kedai Roti Canai


Kali ni bad service sikit kat Restoran Kuah ni. Cie dulu order Capati dari meja luar tu, tapi pekerja perempuan tu hantar kat meja tu dulu. Cie tanya kat pekerja lelaki tu baru la dia hantar semula. Makanan sampai lambat sikit sedangkan takde orang pun. Kami je yang dah order. Meja lain tu tengah makan dan ada dah siap.

Sebelum ni ok je service. Entahla kenapa hari ni nasib tak baik sikit kot. Takdela lambat sangat dalam 15-20 minit gitu la menunggu. Sebab sebelum ni cepat je tu yang Cie rasa hari ni lambat. 

Siap makan terus gerak ke TF Valuemart nak beli barang dapur. Jarang-jarang pergi TF sebab nak beli banyak hari ni tu yang ke TF je.

Kat Lipis ni ada Dualathon 2026 orang mengayuh basikal dan berlari. Polis ada di merata-rata. Asyik kena tahan je mereka nak bagi laluan kepada orang berbasikal. Setiap simpang ada polis mengawal lalu lintas. Hari Sabtu pulak ramai orang keluar mencari lauk pauk di pasar.




Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. kalau meja lain dapat dulu kita mula rasa aik? haha..

    bab kuah tertumpah atas roti bikin mood saya rosak tau cie sebab saya ni tak suka makan roti yang kembang. jenis makan cicah bukan makan roti banjir.

    BalasPadam
  2. Begitulah kan, ada kalau nasib tak baik padahal selalu okey jer servis. Ni nanti mesti serik sekejap nak makan kat situ, hihi.

    BalasPadam
  3. Kedai yang kita pergi ni ada masanya kurang juga servisnya....kadang terlupa kita order apa....macam2 la.

    BalasPadam
  4. Akak kalau meja yg baru sampai dapat dulu dari akak yg tunggu lama.mmg berangin la....tapi selalunya suami sabarkan hahahaha....

    BalasPadam
  5. selalu jugak macam tu, meja sebelah pulak dapat dulu. walhal kita sampai lebih awal

    BalasPadam
  6. uishh.. pantang betul kalau nampak orang yang order kemudian dapat dulu... menyirap rasanya.

    BalasPadam
  7. Meja tu dia pakai 'cable' kuat tu... sbb tu dapat dulu... hehe

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan. Done follow. Kadang-kadang memang terjadi orang yang order dulu dapat kemudian. Kalau masa sedang extra lapar, memang mengundang geram

    BalasPadam
  9. Hari tidak elok agaknya bagi pekerja perempuan itu. Serba tidak kena.

    BalasPadam
  10. Bab kuah tumpah ke roti, saya tak masalah. Tp kalau pesanan meja sebelah DTG dulu, sementara mereka baru sampai, memang nak ngajak ribut agaknya 🤣🤣.

    BalasPadam
  11. Paling tak suka bila tunggu lama lepas tu orang yang datang kemudian tu dapat dulu sedangkan kita sampai dulu.

    Kat tempat Naniey Batu Caves dah mula jem teruk nak menyambut Thaipusan. Memang susah la nak ke kedai kat Selayang.

    BalasPadam
  12. Dah pernah merasa makanan kita pergi bagi org lain, padahal kita lama tunggu ni.. sabar jelaa

    BalasPadam
  13. Kena pandu slow lah kan ada berbasikal..tak apa demi keselamatn..yang penting sampai dituju..dapat makan apa hajat..hati2 ya

    BalasPadam
  14. mknn nampak sedap tp kalau service tak maintain, tak besh jugak laaa

    BalasPadam
  15. Aduh!! Sha cukup tak suka kalau kita order dulu tapi orang lain yang dapat pula.. Bila servis lambat, memang tak best jadinya..

    BalasPadam
  16. Susah nak jumpa kedai makan yang dapat maintain servis elok. Kena blacklist dulu kot, nanti tahun depan datang balik. Hehe...

    BalasPadam
  17. Alamak .. kalau CCL dalam situasi macam ti ..memang jeling ker meka sebelah .. kita uh order duly ..meja lain pulak yg dapat ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.