Menu dinner pada 6 Februari tu Cie masak macaroni bakar, kepak ayam ala IKEA, coleslaw, ada juga buah tembikai susu dan asam boi. Semua menu kegemaran anak-anak.
Esoknya pulak 7 Februari keluar beli barang dapur kat BS Freshmart terus la singgah Bakers Cottage beli kek adik Rania. Bukan kek je macam-macam pulak masuk plastik. Lama jugak tak masuk ke BC tu.
Babahnya bagi duit, ibu dan kakak Raisha pun beli jugak 1 slice sorang. Memasing nak kek lain-lain. Ada promo untuk 2 slice RM12.90 rasanya ke RM12.99 tak ingat. 1 slice RM7 lebih, tak ingat berapa sen.
Beli jugak kaya puff, roti sosej dan chocolate danish. Untuk Cie dan Faiz je kaya puff tu. Yang lain-lain tu untuk 2 beradik tu la.
Adik Rania takde request hadiah. Bila tanya taktau nak request apa dah terlalu banyak dah ibu beli. Masa masuk kedai Ninso je dia nak phone charm RM1.90 je ada promo. Masa bayar baru tau ada promo.
Kawan baik dia bagi 1 paperbag hadiah. Macam-macam ada. Jajan, lego kedai Eco dan entah apa-apa lagi dalam beg tu.








7 Ulasan
bagusnya rania ni tak nak request hadiah... ;-)
BalasPadambunga lego eco tu dah boleh msk dlm pasu buat hiasan atas meja belajar
Alhamdulillah happy birthday Rania. Semoga menjadi anak solehah yang di bawah rahmat Allah selalu.
BalasPadamHappy birthday Rania 🎉🎉🎉
BalasPadamHappy Birthday Rania 💐
BalasPadamBetul la kan, kalau dah tiap tahun beli hadiah…lama-lama cukup semua barang sampai tak tau nak request apa 😄
Betul tu..dah besar- besar ni memang xde dah sambutan ,eriah..anak beranak je kat mana- mana restoran je...
BalasPadamCantik le lego tu. Kdg2 rasa sedih plk sbb celebrate biasa2 je utk kids..Tp bile nk buat dkt kg nk kena guna modal yg besar plk =D..Apa pun happy
BalasPadambday kids =D
Happy birthday Rania!! Anak sy yg sulung kalau birthday kawan² dia pun suka bg hadiah mcm tu... byk benda dia sumbat dlm paper bag, tapi benda favourite kwn dia je
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.